PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 11 Julai 2012

Abdullah Antong paling tadah: Antara "pemain" dalam "Tragedi Rampasan Kuasa Perak" kini istihar bersama PAS

Maknanya, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun)  Perak, Abdullah Antong pada masa tercetusnya "Tragedi Rampasan Kuasa BN" Mac 2009, sudah dapat merasakan keajaiban pentadbiran 11 bulan Pakatan Rakyat di Perak. Sebab itu tegasnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven. Dia adalah antara yang dilihat menjadi alat Umno-BN untuk merampas kerajaan negeri Perak.
"Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan. Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak," ujarnya. Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi hitam rampasan kuasa oleh BN.
Kehadiran Abdullah Antong ke Majlis Hitea Meraikan Ikon Ahli Baru PAS anjuran Perak di Hotel Hill City, 7 Julai lalu mengejutkan banyak pihak. Kedatangnya di alu-alukan oleh bekas MB Perak yang sah, Nizar Jamaluddin dan pimpinan PAS Perak serta Adun-adun PAS yang hadir. Dalam ucapan ringkas Abdullah, beliau memberitahu selepas tidak "mesra" Umno-BN tidak lama kemudian, dia telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak  sebelum  mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.
Nama Abdullah Antong popular dan mencetuskan kontroversi orang ramai ketika berlakunya krisis Dun Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan Speaker Dun yang sah ketika itu, V Sivakumar. "Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu," jelasnya lagi. Mengulas lanjut, beliau dijangka akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan