Wajah Sebenar Ultras Melayu Di Bongkar.. Saksikanlah
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di
Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida
atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan
Islam.
Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya yang berwarna merah (untuk
darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam). Lemiere berkata berdasarkan
temubualnya yang luas dengan anggota-anggotanya dan carian di internet,
kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang
diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.
Pekida, menurut kajian Sophie, adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.
Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu
daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk
memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti
mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
Lemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka
Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan
Pekida.
Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran
biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk
menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.
'Kuasa dan wang jadi pendorong 'Katanya, objektif utama kumpulan itu
adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli
terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan
yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi
ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan
mewajarkan penggunaan keganasan.
Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada
perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut
peluang yang wujud.Lemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada
dalam peralihan adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan
tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti
politik.
Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan
politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan
politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.
Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh
bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa, tetapi sentiasa kekal
dengan potensi ganas.
Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po
(L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno-
nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk
membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia ,
semalam.Kertas kerjanya yang bertajuk 'Gangsters and Masters:
Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan
kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.Lemiere berpejabat di
Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia di Universiti
Nasional Singapura. ~mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan