PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 13 Ogos 2011



Keterangan gambar:

Razman (2 kiri) dan Mohd Hanafiah (tengah sekali) sampaikan bantuan 30 kampit beras dan 30 kotak korma kepada penerima daripada PAS Cawangan Kampung Malau, Lenggong.
Agihan 1500 kampit beras dan 1500 kotak korma kepada 34 cawangan PAS seluruh Parlimen Lenggong dibuat di Surau Ibnu Zakaria, di Dataran Jambatan Luat, Lenggong.

Beras - ada gambar.
Oleh Mohd syamil Azhar

LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong mengagih 1500 kampit beras dan 1500 kotak korma kepada 34 cawangannya di seluruh kawasan Parlimen itu sempena Ramadhan tahun ini.
Agihan bantuan itu dilakukan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS kawasan, Haji Razman Zakaria sendiri sebagai bantuan peribadinya sepertimana setiap tahun sebelum ini untuk golongan daif, warga emas, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.
Sebanyak 500 kotak daridapa kesemua korma yang diagih didermakan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan itu, Ustaz Mohd Hanafiah yang sebelum ini turut menyampaikan bantuan peribadinya pada setiap Ramadan.
Penolong Setiausaha PAS kawasan, Azni Momamed Zamri, berkata dua kali Ramadhan sebelum ini Haji Razman menyampaikan bantuan kain pelekat dan kain balik, bagamaimanapun pada kali ini beliau memilih beras dan korma untuk disampaikan kepada golongan sasar di seluruh kawasan Parlimen Lenggong.
"Bantuan ala kadar itu memang sumbangan peribadi beliau dan sumbangan peribadi Ustaz Hanafiah atas dasar untuk berderma atau bersedekah, bukan atas dasar bantuan sepertimana oleh pihak pemerintah.
"Kita sedar PAS belum memerintah, Haji Razman sendiri bukan Wakil Rakyat, jadi itulah yang termampu kita berikan sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui selepas pengagihan bantuan itu di Surau Ibnu Zakaria di Dataran jambatan Kampung Luat Sabtu lalu.
Azni berkata, sekiranya PAS memerintah, PAS akan mengutamakan rakyat melebihi kepentingan pemimpin.
Katanya, bantuan itu diharap sampai kepada sasarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan