PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 13 Ogos 2011



Gambar: Azni (kiri) bersama Zulhaimy tunjuk banner PAS Kawasan Lenggong yang direntangkan di kawasan berhampiran trafik light Kota Tampan, Lenggong dipotong oleh orang yang dipercayai diupah.

Banner - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: "Buatlah, tapi jaga-jaga, jangan sampai kami jumpa anda sedang rosakkan harta benda kami... kalau kami jumpa, tahulah akibatnya," kata Azni Mohamed Zamri.
Penolong Setiausaha 1 PAS Lenggong itu berkata demikian ketika ditemui selepas menunjukkan banner ucap Selamat Menyambut Ramadan yang diletakkan PAS kawasan di simpang berhampiran trafik light Kota Tampan dekat sini yang dipotong dua semalam.
Banner yang ditempah khas yang diletakkan gambar Presiden PAS Pusat, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di bahagian kiri itu dipotong dua, dipercayai dengan menggunakan pisau.
Di sebelah kanan banner itu tertera gambar Yang DiPertua (YDP) PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, Ketua Dewan Pemuda (DPP), Ustaz Mohd Wazir Mat Zain dan Ketua Dewan Muslimat (DMP), Ustazah Zainab Ahmad.
Azni berkata, banner itu yang diletakkan di situ sejak seminggu lalu, dipercayai dipotong pada waktu tengah malam atau awal pagi ketika tidak ada orang lain kawasan itu.
Katanya, orang yang bertindak 'ganas' memotong banner itu mungkin seorang atau secara berkumpulan, dipercayai diupah pihak tertentu yang tidak senang hati dengan pendekatan serta pelbagai aktiviti dilaksanakan PAS Lenggong yang mampu menarik sokongan ramai penduduk.
"Orang yang bertindak 'ganas' memotong banner itu mungkin orang yang sama, yang melakukan kerja-kerja jijik sebelum ini, yang mungkin diupah pihak tertentu demi kepentingan potitik 'ganas' mereka.
"Orangnya seolah-olah orang tidak siuman pun, yang boleh dikategorikan sebagai OKU, yang kita sedang mengintipnya," katanya.
Azni berkata, sebelum ini, lelaki berkenaan telah diupah merosakkan kerusi meja di Markaz PAS Banggol Belimbing dan selepasnya diupah pula untuk melambakkan gambar-gambar lucah membabitkan pimpinan tertinggi sebuah parti politik.
Katanya, sekiranya lelaki yang sama bertindak 'ganas' begitu, suatu masa nanti perbuatannya akan berjaya dikesan juga dan pengupahnya juga akan berjaya dikesan akhirnya.
Setiausaha PAS kawasan itu juga berkata, satu lagi banner yang diletakkan di pekan Lenggong dibuang, mungkin oleh orang yang sama.
PAS Lenggong akan membuat laporan polis berhubung tindakan 'ganas' itu.

Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan