PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 23 Ogos 2011

Isu JAIS-DUMC: Sultan S'gor terkejut penubuhan syura
Ogos 23, 11 5:18pm
Kongsi 71
Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja.

NONEMenurut Mohamad Munir (kiri) lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir.

Semalam, Khalid berkata, idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.

Menurutnya, majlis itu akan mengkaji isu membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Munir berkata, Sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan