PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 19 Jun 2012

Kantoi Lagi!! Pengerusi SPR Cakap Arahan Dah Keluar, Kedutaan Cakap Belum..


Memalukan!! Pengerusi SPR lepas nih pasti menyorok mukanya bawah meja. Itu pun kalau tau malu ler, kalau tak tau malu tu memang sahlah muka tembok. Apa tidaknya, terang-terang tipu lepas tu cuba cover balik selamba je.

Betul-betul hang nih bekerja untuk pencacai Umno, apa lagi hang nak tipu lagi. Hang ingat rakyat bodoh ke? Arahan tak keluar, pekeliling tak keluar cakap sambutan dingin.. apa nih? Pleaselah jangan bodohkan diri sendiri.. dah muak!!

Kedutaan M'sia 'tak tahu arahan daftar undi SPR'


Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tampil mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa gesaannya kepada warganegara ini yang tinggal di luar negara supaya mendaftar sebagai pengundi di kedutaan dan pesuruhjaya tinggi masing-masing, mendapat sambutan dingin.
Sebaliknya, mereka mendakwa, kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia tidak tahu menahu mengenai arahan SPR itu.
Berikutan itu, mereka menggesa SPR supaya memberi arahan dan maklumat yang jelas kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia.

Pada 14 Jun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluh berhubung sambutan yang dingin dan berkata hanya 400 hingga 500 telah mendaftar setakat ini.

Ini, katanya, termasuk mereka yang boleh menjadi pengundi pos, iaitu penjawat awam, pegawai tentera dan pelajar Malaysia di sana.

Terdapat kira-kira satu juta rakyat Malaysia di luar negara yang layak untuk mengundi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz mengakui bahawa pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah beberapa jawapan daripada rakyat Malaysia di luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan