PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 30 Jun 2012

Selasa, 19 Jun 2012

LENGGONG BAKAL MENJADI HUB PENGAJIAN ISLAM.

(PROGRAM 23 JUN 2012)

PAS kawasan Lenggong gigih berdakwah dalam usaha mewujudkan Lenggong sebagai hub Islam didaerah ini.
Yang Dipertua PAS Kawasan, merangkap Timb. Pesuruhjaya PAS Perak. Tn Hj Razman Zakaria, merupakan anak kelahiran Kg. Luat berkata, beliau bersama-sama rakan seperjuangan sedang berusaha mengembalikan semula lembah Lenggong yang pada suatu masa lalu terdapat banyak pusat pengajian pondok dan guru agama terkenal.
Diantaranya, Allahyarham Tok Guru Hj Idris, Hj Nasruddin @ Hj Nasir, Hj Yahya, Tok Lebai Johan dan Ust Zahid anak kelahiran kg. Luat yang telah menjadi tonggak membangunkan sekolah agama di Paya Lintah, Padang Rengas, Perak.
Ketika ini, usaha  pembangunan sekolah pengajian pondok di Banggol Batu dan Kg. Tawai sedang dalam pembinaan. Sementara sebuah pusat tahfiz al-Quran di Kg. Luat dijangka siap pembinaannya pada bulan November ini.

PAS kawasan Lenggong komited untuk menjadikan lembah Lenggong sebagai sebuah hub melahirkan ilmuan Islam, usaha dakwah menghidupkan suasana agama disini dilakukan berterusan.
Bagi merealisasikan hasrat ini, PAS Kawasan telah mengatur dua program bagi menghidupkan syiar dakwah disini dengan menjemput Tn Guru Hj Salleh Musa dalam program; Munajat Perdana “Memohon Pertolongan Allah.” Pada 23 Jun 2012, bermula solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan tazkirah yang akan diadakan di dataran rumah Kak Yam, Pekan Lenggong.

(PROGRAM 29 JUN 2012.)
Manakala pada 29 Jun 2012, Ust Azhar Idrus akan menyampaikan ‘Kuliah Dhuha’ pada jam 9 pagi, di Surau Ibnu Zakaria, Dataran Jambatan Kg. Luat, Lenggong.
Kami mengharapkan semua masyarakat didalam dan disekitar daerah ini datang beramai-ramai untuk mengimarahkan program agama yang telah diatur pada 23 dan 29 Jun, 2012 ini nanti. Kata, Tn Hj Razman Zakaria.
Tambah Tn Hj Razman, kami juga menyeru, sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau infaq untuk pembangunan insan mengikut acuan Rasulullah bagi pembinaan sekolah pondok ‘MADRASAH AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH.’ Kg. Banggol Batu, Lenggong, Perak. Sila hubungi; 019-437 2065 (Ust Rahmat Abd Rahman.)

Dan sumbangan atau Infaq bagi menyiapkan pembinaan sekolah pengajian pondok Kg. Tawai, Gerik. Sila hubungi; 019-910 5220 (Tn Hj Zulkifli bin Awang Kechil.)
(PONDOK AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH, BGGL BATU LGG.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan