PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 7 Jun 2012

Najib Panas!! Skandal Scorpene Meletup Di Luar Negara..


Skandal kapal selam Scorpene Malaysia nampaknya telah melebar ke kepulauan Mediterranean Malta, di mana seorang anggota parlimen pembangkangnya mendakwa bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Menurut portal berita -Malta Today - MP Evarist Bartolo memberitahu parlimen Malta bahawa perunding kewangan milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah 'dibersihkan' melalui Malta.

Komisen Perimekar telah dikritik sebagai satu dalih untuk sogokan kepada tokoh politik.

Laporan lain dari Malta mendakwa bahawa Gifen telah ditubuhkan oleh Jean-Marie Bouvin, yang juga banyak terlibat dalam penjualan kapal selam dari syarikat pertahanan milik Perancis, DCN, kepada Pakistan dan kapal frigat kepada Taiwan (kanan).

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian berkenaan.

Bartolo mendakwa, syarikat-syarikat lain yang didakwa digunakan untuk tujuan yang sama ialah Eurolux, yang berpangkalan di Luxembourg, dan Technomar, yang berpejabat di Belgium.

Bartolo seterusnya mendakwa Gifen, yang diasaskan pada tahun 2001 oleh Bouvin, mempunyai kaitan rapat dengan perkhidmatan perisikan Perancis, dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Dominic de Villepin.
Malta Today

melaporkan, selepas Perancis menandatangani Konvensyen PBB Menentang Rasuah, Bouvin didakwa mula beroperasi melalui saluran lain - menubuhkan syarikat di Ireland, Switzerland, Mauritius, Isle of Man dan Malta.

Nama Sarkozy (kiri) telah disebut berkaitan dengan rasuah besar-besaran yang dijanjikan kepada para jeneral Pakistan bagi pembelian kapal selam SSK Scorpene dari Armaris, yang kini menjadi sebuah unit pertahanan DCNS di Perancis.

Sebelas juruteknik Perancis telah diletupkan dengan bom kereta yang pada mulanya dipersalahkan kepada Al-Qaeda.

Bagaimanapun, cerita berikutnya di Perancis, yang dipanggil "L'Affaire Karachi," mendakwa jeneral Pakistan meletupkan van tersebut sebagai membalas dendam ekoran pembatalan bayaran sogokan oleh presiden ketika itu, Jacques Chirac.

Sarkozy menafikan sebarang penglibatan dalam skim sogokan tersebut. Bagaimanapun, berikutan dia kehilangan jawatan presiden Perancis kepada Francois Hollande, penyiasat mungkin meneliti semula aktivitinya. ~malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan