PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 7 Disember 2010

Gambar Mohd Rashidi Yusuf.

Gajah - ada gambar.
Oleh Mohd Rashidi Yusuf.

LENGGONG: "Tersentak saya sebaik sampai ke kawasan ladang jam 7.30 padi tadi (semalam) sebaik ternampak pondok teduhan roboh, manakala daun-daun dan perdu nanas bertebaran dikerjakan gajah.
"Hampa perasaan saya bila saya tinjau saya dapati ribuan pokok nanas, lebih 70 anak getah selain pondok teduhan dalam ladang yang saya usahakan musnah," kata Ghazali Mat Nor, 48.
Ghazali, pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tinggal di Kampung Banggol Belimbing dekat sini, berkata kemusnahan ladangnya itu kemungkinan berlaku dalam masa dua malam berturut-turut termasuk malam semalam.
Berikutan itu pesara terbabit kerugian ribuan ringgit dan terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk memperoleh hasil pendapatan dari tanah yang diusahakannya itu.
Tinjauan Harian Metro ke ladang seluas 2 ekar miliknya itu semalam mendapati kemusnahan berlaku hampir di semua kawasan tanah dengan kesan-kesan terbaru termasuk bekas tapak dan tinggalan najis haiwan itu baru malam semalam.
"Daun-daun nanas dan anak getah yang dimusnahkan kelihatan masih hijau segar, membuktikan gajah itu masuk ke ladang saya ini yang terbarunya baru semalam (malam semalam) atau awal pagi tadi (pagi semalam).
"Najisnya serta bekas tapaknya juga masih baru dan ini bermakna sekurang-kurangnya dua malam berturut-turut ladang saya dimasukinya," katanya.
Ghazali berkata, pondok teduhan tempat dia berehat ketika mengusahakan ladang itu kemungkinannya telah diruntuhkan pada malam semalam (kelmarin) berdasarkan kesan najisnya, bagaimanapun hanya baru pagi semalam disedarinya.
Katanya, dia mengusahakan tanaman nanas dan getah di ladangnya itu sejak enam bulan lalu dengan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM6.500 dan menjangkakan nanasnya akan mengeluarkan hasil dalam masa enam bulan lagi.
Sebanyak 17,000 perdu nanas berjaya ditanamnya, manakala anak getahnya berjumlah 360 pokok, di mana sebahagiannya sudah mencapai dua meter tinggi.
"Sekiranya tidak mengalami kemusnahan seperti ini saya jangka enam bulan lagi nanas saya akan mengeluarkan hasilnya dan bolehlah saya nikimati pendapatan bulanan sementara menunggu getah berusia tujuh tahun," katanya.
Pesara terbabit berkata, dia akan melaporkan gangguan gajah itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Risda, Pejabat Pertanian dan lain-lain supaya tindakan segera diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan