PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 16 Disember 2010

Mengenyit Mata Kepada Cikgu Bard

WALAUPUN ada isu besar yang patut saya ulas hari ini iaitu mengenai penggantungan 4 MP Pakatan Rakyat oleh Speaker, Pendikar Amin Mulia - benar-benar pendikar kali ini, tetapi saya ingin sepikan tragedi memilukan itu. Pada saya apa yang berlaku di parlimen itu tidak memelikkan lagi.

Saya akan ulas dalam akhbar Siasah keluaran pertama di bawah pengurusan baru, insyaAllah akan terbit minggu depan.

Petang ini sambil minum tea 'o' saya nak ulas sikit fasal Badrulhisham Shahrin atau cikgu Bard, calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kalah dalam pertandingan dan tidak masuk dewan persidangan kerana mungkin kecewa itu. Tindakan beliau itu nampak wajar tetapi melambangkan akan kekecilan jiwa perjuangnya.

Seperti selalunya saya memerhati anak-anak muda bermain politik. Saya melihat dari jauh dan memberi semangat dari jauh. Tidak kira dia dari kumpulan parti mana, Pas, Umno atau PKR saya mendekati diri dan cuba mengenali mereka serta melihat gelombang nafas perjuangan mereka serta bentuk idealisme mereka. Biarpun mereka tidak mesra atau kenal saya, tetapi saya melihat sebagai pemerhati siasah yang kerdil.

Saya mengambil sikap itu kerana sedar masa depan negara adalah ditangan mereka. Selepas jenerasi 40-an atau 50-an meninggal dunia negara ini akan digembalai oleh mereka. Maka dari awal mereka ini perlu dilihat potensi dan bakat mereka, ditegur mana yang patut dan dibantu mana yang perlu.

Mana-mana yang berbakat, mempunyai kegigihan, semangat juang dan sedikit keikhlasan (sebab semua tak ikhlas), maka harus diberi sokongan. Salah seorang yang saya memerhati dari PKR selepas generasi abang mereka yang kebanyakan jadi penyepak kertas atau tin kosong dijalan ialah, ialah Cikgu Bard ini.

Saya masih ingat menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu dia bersama beberapa pemuda PKR yang lain datang ke rumah sekitar jam 2:00 pagi. Tjuannya ialah untuk menerima pendapat mengenai cadangannya untuk berlawan dengan Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau.

Dia bertanya pendapat saya. Saya mengatakan elok beliau berfikir panjang. Sebabnya begitu begitu dan begini begitu. Saya lebih memberi nasihat atas maslahatnya di masa depan dan juga maslahat PKR dan Umno waktu itu, dan umumnya maslahat politik Melayu yang saya nampak ada harapan boleh ditautkan semula.

Tetapi katanya, beliau dinasihat oleh seseorang kalau nak lawan biarlah lawan orang besar. Baginya orang besar kerana Khairy adalah pemuda Umno Malaysia. Kerana prinsip itu sama dengan apa yang saya amalkan, saya hanya diam atas isu berkenaan. Saya juga bersikap begitu kalau nak 'bergadug' bergaduh dengan orang besar baru padan.

Saya tidak menyuruh dan tidak melarang cikgu Bard cuma memberi beberapa pandangan kalau beliau tetap juga berdepan dengan Khairy.

Kehadiran beliau menemui saya itu menandakan kami ada hubungan baik sehingga dapat bertukar fikiran mengenai perkara yang agak personal seperti soal pilihan raya. Selepas pilihan raya kami jarang bertemu kerana tidak banyak acara parti memungkin saya hadir sama. Sebab saya bukan orang parti. Hanya meneruis Fb ada sekali sekala saya mencelah bila mana ada sesutau yang dimasukkan dalam Fbnya saya rasakan tidak patut.

Hinggalah pada satu majlis di rumah Pak Yim, bapa Anwar di Country Heights kami bertemu. Saat itu hawa kempen merebut jawatan sudah bermula. Saya memberi semangat kepadanya akan melawan. Sebab kenapa, saya memberi sokongan kerana pada saya beliau lebih berwibawa, serius dan berstrategis berbanding dengan bakal-bakal ketua pemuda yang lain hatta termasuk ketua AMK yang ada sekarang.

Selepas itu kami tidak bertemu. cikgu Bard nampaknya terus marah. Dia jadi semakin ghairah apabila kerusi itu bakal dikosongkan oleh Iskandar Md Akim. Sebenarnya saya seronok dan yakin kalau Cikgu Bard bertanding tanpa melawan Shamsul. Sudah pasti dia akan menang.

Bagaimana pun politik tidak boleh dipercayai. Ia boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Politik adalah palsu. Ishakdar yang mulahnya ingin menarik diri rujuk balik kepada jawatannya. Disinilah menyebabkan cikgu Badr semacam dipermainkan. Apa yang mengecewakan lagi bila mana dia merasakan ada percaturan bagi mengekalkan Iskandar.

Untuk pengetuah Bardul itulah politik. Makanya pada malam cikgu Badr menemui saya itu berpolitik harus bijak harus mengikut rukun-rukunnya. Malam itusaya mengajar badrul agar memahami rukun politik yang mempunyai 4C. Iaini, manipulasi, kontroveri, spekulasi dan hipokrasi. Badrul sudah pun ada memilik sifat-sifat atau ilmu 4C itu kecuali satu tidak hipokrasi. Kerana ketiadaan sifat itu maka belum kalah.

Tadi saya membaca kenyataan dan pengakuan cikgu Badr yang beliau masih bersama Keadilan dan sekligus menolak dakwaan dan tohmahan mengatakan dia akan meninggalkan Keadilan. Sebagai pemerhatinya saya merasa senang dengan kenyataan dan pengakuan cikgu Badr itu. Saya percaya beliau berkataka benar dalam kenyataan itu. Kalau Badrul dapat bersabar seperti mana kata Saifuddin Nasution saya yakin lama kelamaan Badrul akan muncul menjadi tokoh muda keadilan yang kental dan hebat.

Kepada cikgu Badrul saya anjurkan lagi agar terus mempelajari dan mengamalkan rukun 4C dalam politik kerana itulah rukun wajib diguna pakai oleh dunia politik sekular! [ttdi -wm.kl 7:50 pm 16/12/10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan