PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 2 Disember 2010


Sharifah - ada gambar.
Oleh Mohd Rashidi Yusuf.
LENGGONG: "Kalau ada mana-mana pihak yang sudi bantu kakak rasa elok beli kerusi roda mesin yang baru sebab sekiranya sekadar baikpulih yang ada ini besar juga belanjanya.
"Tak tahulah, mohon kepada pihak-pihak berkenaan pun sudah banyak kali mohon, tapi janji tetap tinggal janji saja,' kata Sharifah Radziah Mat Piah, 47.
Sharifah Radziah yang tinggal di alamat No 3, Kampung Lahar, 33400 Lenggong, berkata kerusi roda mesin yang dimilikinya itu hasil pemberian JACTIM melalui JKM sudah berusia hampir lapan tahun dan sudah beberapa kali mengalami kerosakan.
Dia yang cacat sejak berusia 20 bulan dan ditemukan juga jodohnya dengan seorang lelaki sehingga kini memperolehi dua anak yang hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan tidak mampu untuk membeli kerusi roda mesin.
"Walaupun saya ada suami, tetapi suami saya juga ada mengidap penyakit di mana dia tidak boleh bekerja berat, saya pula hanya boleh bantu kerja-kerja ringan di gerai makan adik.
"Jadi dengan pendapatan lain sedikit-sedikit termasuk daripada hasil kerja suami, kami juga terpaksa menyara ibu yang sudah tua selain persekolahan dua anak yang berusia 12 dan 10 tahun," katanya.
Sharifah Radziah berkata, berikutan kecacatan yang dialaminya itu, dia dimasukkan ke Hospital Taiping ketika usianya 20 bulan setelah mengalami masalah kerongkong hingga menyebabkan nafasnya berbau hingga sekarang.
Katanya doktor telah mengambil air tulang belakangnya untuk membuat pemeriksaan mengenai penyakit yang dialaminya dan sejak itulah (1965) dia tidak boleh berjalan hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
"Kakak tidak ada penyakit-penyakit kronik lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, jantung dan sebagainya dan berikutan itu saya menerima bantuan bulanan daripada JKM," katanya.
Suri rumah itu berkata, setelah beberapa kali membuat permohonan, akhirnya JKM mengusahakan bantuan kerusi roda mesin yang diberikan oleh Jactim dan dengan kerusi roda itu dia dapat ke sana sini untuk mencari rezeki tambahan.
Katanya, bagaimanapun kerusi roda mesin itu telah mengalami kerosakan di beberapa bahagian termasuk tayar, brek dan mesinya menyebabkan kadang-kadang mesinya mati diperjalanan.
Dia bimbang juga sekiranya mesin kerusi rodanya itu termati di tengah-tengah jalan raya ketika berulang alik setiap hari antara rumah dan gerai adiknya yang boleh mengundang bahaya kepada dirinya.
Kerusi roda mesin itu, katanya sekiranya hendak dibaikpulih memerlukan kira-kira RM3,000 dan kemungkinan besar akan mengalami kerosakan lagi termasuk di bahagian-bahagian lain pula.
justru sekiranya ada pihak-pihak yang ingin membantu boleh menyalurkannya terus ke akaunnya di Agro Bank bernombor 100024200000252-0 atau melalui pos kepada nama serta alamatnya di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan