Ahad, 28 Ogos 2011
ZIARAH-BANTUAN:
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lenggong (LKKPL), Imam Mohd Hatta Abdul Aziz (kanan) menyampaikan bantuan ala kadar (beras, gula susu, minyak masak dll serta sedikit wang belanja raya) kepada abang mangsa rumah terbakar di Kampung Chain, Lenggong hari ini.
Turut serta dalam siri Ziarah-Bantuan (ZB) itu, Bekas Ketua kampung Pakatan Rakyat, Hamidon Omar (kiri) dan Setiausaha LKKPL, Sdr Mohd Syamil Azhar yang bertindak sebagai jurugambar.
Abang mangsa, Zulkifli Mat Hassan, 65, berkata rumah pusaka yang diserahkan kepada adiknya, Mohd Fauzi, 55, terbakar ketika penduduk sedang berbuka puasa malam kelmarin. Tindakan pantas sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Lenggong, berjaya menyelamatkan rumahnya sendiri daripada turut disambar api yang menjulang marak.
Adiknya sekeluarga tinggal di Chemor kerana bekerja di sana dan tidak ada orang di dalam rumah itu ketika kejadian.
Zulkifli berterima kasih kepada LKKPL yang sudi hadir dan turut bersimpati dengan menghulurkan bantuan ala kadar.
Bebas daripada telunjuk syaitan |
Aida Rahayu Mohd Badri |
Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian. Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Maha Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini. Maka diharapkan dengan kedatangan Syawal serta berlalunya Ramadhan bersama-sama proses tarbiah mampu menjadi bekalan bagi menghadapi bulan-bulan seterusnya. Gunakanlah segala hasil tarbiah Ramadhan untuk menyemarakkan lagi semangat beribadah dan bermujahadah. Pastikan kita sentiasa berterusan mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan solat berjamaah, mengikuti kelas-kelas pengajian, tadarus al-Quran dan amalan-amalan kebajikan sehingga dapat membentuk diri dan umat Islam yang mantap iman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Insya’Allah, akan diperolehi pertolongan yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Islam. TRANSFORMASI DIRI DI BULAN RAMADHAN Sesungguhnya perkara yang paling digemari Rasulullah adalah bersederhana (wasatiyyah). Maka bersesuaian dengan Ramadhan yang bakal ditinggalkan, alangkah mulianya jika setiap kita lebih mengutamakan keperluan(need) daripada kehendak(desire) dalam merancang sesuatu hal. Kita wajar berusaha supaya amal selepas Ramadhan ini tidak sesekali bercampur aduk dengan perkara-perkara berbentuk maksiat serta pembaziran kerana ia amat bertentangan dengan ajaran Islam. Menyahut tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama-sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata-mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing; penindasan dan penjajahan ataupun merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain. Tetapi ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa. TANGGUNGJAWAB PERJUANGAN MAHASISWA Apabila disebut tanggungjawab perjuangan, ia merupakan topik serius yang memerlukan perhatian yang serius kita bersama. Imam Hasan al-Banna menyebutkan di dalam karangan-karangan beliau, "sesungguhnya hidup ini sifatnya berkorban bukan hanya menadah tangan dan berserah nasib." Itulah sifat pejuang dan penda’wah yang menjulang panji ketuanan agama. Mereka mempunyai daya tahan dan jati diri yang tinggi, bersedia untuk berdikari dan memberi. Maka di kesempatan ini pihak PMUKM sekali lagi mengulangi gesaan di peringkat rakyat marhaen yang inginkan UKM secara khusus mencari titik keseimbangan antara teori dengan amal, sains dengan sastera dan kesejahteraan rohani dengan kemajuan material sebagaimana yang ditekankan di dalam Falsafah Universiti yang tercipta bersama-sama penubuhan UKM 41 tahun dahulu. Juga perlu sentiasa diingatkan bahawa tanggungjawab universiti bukanlah semata-mata untuk memenuhi tuntutan keperluan tenaga mahir di pasaran sahaja, tetapi lebih penting dan besar daripada itu, ialah sebagai badan yang dapat membina pemikiran yang kritikal dan berwawasan. Dalam kata lain UKM secara khusus dan IPTA-IPTA lain perlu memimpin dan menawarkan gagasan, jalan dan cara bagaimana perubahan harus ditangani. Universiti seharusnya, pada ketika tertentu dan dalam isu-isu tertentu, perlu membantu masyarakat dan negara untuk membuat pilihan di antara pilihan yang ada berasaskan penyelidikan yang rapi dan meyakinkan. Isu-isu asas yang masih menghambat kepada kemajuan dan pembangunan komuniti serta sosio-ekonomi negara seperti pembinaan negara bangsa, pembangunan teknologi & sains untuk komuniti, mengukuh warisan dan ketamadunan bangsa, dan mengukuhkan daya saing negara di samping matlamat asas Universiti untuk membangunkan sumber modal insan yang berilmu merupakan isu pokok yang masih memerlukan siri-siri penyelidikan yang mendalam. PERANAN MAHASISWA Di peringkat mahasiswa, PMUKM berhasrat untuk menggembleng tenaga mahasiswa dalam usaha menjayakan agenda-agenda Universiti yang sangat banyak dicadangkan khususnya di bawah Pelan Transformasi UKM. Apapun penggemblengan tenaga mahasiswa ini tidak lari dari tiga (3) tonggak utama yang disebut di dalam Ucapan Dasar Presiden dahulu iaitu (i) mahasiswa untuk mahasiswa, (ii) mahasiswa untuk masyarakat dan (iii) mahasiswa untuk negara; dalam menjana kepimpinan berkaliber hari ini dan membina pengganti kepimpinan pada akan datang. Justeru dengan tema "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti" kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM sesi kali ini selaku badan induk yang menaungi lebih seratus persatuan mahasiswa lain di UKM, akan berjaya meraih sokongan dan dokongan rakan-rakan mahasiswa dan rakyat Malaysia secara amnya dari jauh. Dan semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen). Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H & Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-54 Aida Rahayu Mohd Badri Pengerusi Biro Informasi & Penerangan Persatuan Mahasiswa UKM |
Bebas daripada telunjuk syaitan |
Aida Rahayu Mohd Badri |
Pertama dan selamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengizinkan kita untuk terus mengecapi nikmat kembali kepada fitrah setelah melalui fasa tarbiyyah di bulan Ramadhan. Juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penyelamat Ummah, Rasulullah SAW, ahli keluarga beliau, para sahabat dan tabien sekalian. Sesungguhnya kita telah melalui fasa tarbiyyah tahunan di bulan Ramadhan yang disebut-sebut sebagai penghulu segala bulan. Selama tiga puluh hari hidup kita menyaksikan pertarungan sengit antara diri yang ingin menuntut fitrah menurut nafsu yang tidak sedikit. Justeru apabila tiba 1 Syawal, Allah Maha Suci telah mewajibkan umat Islam meraikan kemenangan perjuangan ini dengan pengharaman berpuasa dan diwajibkan kita merayakan 1 Syawal ini. Maka diharapkan dengan kedatangan Syawal serta berlalunya Ramadhan bersama-sama proses tarbiah mampu menjadi bekalan bagi menghadapi bulan-bulan seterusnya. Gunakanlah segala hasil tarbiah Ramadhan untuk menyemarakkan lagi semangat beribadah dan bermujahadah. Pastikan kita sentiasa berterusan mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan solat berjamaah, mengikuti kelas-kelas pengajian, tadarus al-Quran dan amalan-amalan kebajikan sehingga dapat membentuk diri dan umat Islam yang mantap iman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Insya’Allah, akan diperolehi pertolongan yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Islam. TRANSFORMASI DIRI DI BULAN RAMADHAN Sesungguhnya perkara yang paling digemari Rasulullah adalah bersederhana (wasatiyyah). Maka bersesuaian dengan Ramadhan yang bakal ditinggalkan, alangkah mulianya jika setiap kita lebih mengutamakan keperluan(need) daripada kehendak(desire) dalam merancang sesuatu hal. Kita wajar berusaha supaya amal selepas Ramadhan ini tidak sesekali bercampur aduk dengan perkara-perkara berbentuk maksiat serta pembaziran kerana ia amat bertentangan dengan ajaran Islam. Menyahut tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama-sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata-mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing; penindasan dan penjajahan ataupun merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain. Tetapi ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa. TANGGUNGJAWAB PERJUANGAN MAHASISWA Apabila disebut tanggungjawab perjuangan, ia merupakan topik serius yang memerlukan perhatian yang serius kita bersama. Imam Hasan al-Banna menyebutkan di dalam karangan-karangan beliau, "sesungguhnya hidup ini sifatnya berkorban bukan hanya menadah tangan dan berserah nasib." Itulah sifat pejuang dan penda’wah yang menjulang panji ketuanan agama. Mereka mempunyai daya tahan dan jati diri yang tinggi, bersedia untuk berdikari dan memberi. Maka di kesempatan ini pihak PMUKM sekali lagi mengulangi gesaan di peringkat rakyat marhaen yang inginkan UKM secara khusus mencari titik keseimbangan antara teori dengan amal, sains dengan sastera dan kesejahteraan rohani dengan kemajuan material sebagaimana yang ditekankan di dalam Falsafah Universiti yang tercipta bersama-sama penubuhan UKM 41 tahun dahulu. Juga perlu sentiasa diingatkan bahawa tanggungjawab universiti bukanlah semata-mata untuk memenuhi tuntutan keperluan tenaga mahir di pasaran sahaja, tetapi lebih penting dan besar daripada itu, ialah sebagai badan yang dapat membina pemikiran yang kritikal dan berwawasan. Dalam kata lain UKM secara khusus dan IPTA-IPTA lain perlu memimpin dan menawarkan gagasan, jalan dan cara bagaimana perubahan harus ditangani. Universiti seharusnya, pada ketika tertentu dan dalam isu-isu tertentu, perlu membantu masyarakat dan negara untuk membuat pilihan di antara pilihan yang ada berasaskan penyelidikan yang rapi dan meyakinkan. Isu-isu asas yang masih menghambat kepada kemajuan dan pembangunan komuniti serta sosio-ekonomi negara seperti pembinaan negara bangsa, pembangunan teknologi & sains untuk komuniti, mengukuh warisan dan ketamadunan bangsa, dan mengukuhkan daya saing negara di samping matlamat asas Universiti untuk membangunkan sumber modal insan yang berilmu merupakan isu pokok yang masih memerlukan siri-siri penyelidikan yang mendalam. PERANAN MAHASISWA Di peringkat mahasiswa, PMUKM berhasrat untuk menggembleng tenaga mahasiswa dalam usaha menjayakan agenda-agenda Universiti yang sangat banyak dicadangkan khususnya di bawah Pelan Transformasi UKM. Apapun penggemblengan tenaga mahasiswa ini tidak lari dari tiga (3) tonggak utama yang disebut di dalam Ucapan Dasar Presiden dahulu iaitu (i) mahasiswa untuk mahasiswa, (ii) mahasiswa untuk masyarakat dan (iii) mahasiswa untuk negara; dalam menjana kepimpinan berkaliber hari ini dan membina pengganti kepimpinan pada akan datang. Justeru dengan tema "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti" kepimpinan Persatuan Mahasiswa UKM sesi kali ini selaku badan induk yang menaungi lebih seratus persatuan mahasiswa lain di UKM, akan berjaya meraih sokongan dan dokongan rakan-rakan mahasiswa dan rakyat Malaysia secara amnya dari jauh. Dan semoga Aidilfitri kali ini benar-benar disambut sebagai kita yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen). Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H & Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-54 Aida Rahayu Mohd Badri Pengerusi Biro Informasi & Penerangan Persatuan Mahasiswa UKM |
Muhammad Nuruddin Bashah |
Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu. Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu. Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan. Selepas Abdullah Badawi kini Perdana menteri terbaharu Najib pula kelihatan ingin dguling oleh rakan-rakannya sendiri atas nada perkauman walaupun diberikan alasan ekonomi, sosial dan kestabilan politik. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang dikatakan tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Isu siapa lebih melayu antara Najib atau mahyudin yasin memberi kesan besar kepada masa depan UMNO lebih daripada isu sispa lebih bertaqwa atau siapa lebih bermoral antara najib dengan mahyudin. Dengan banjirnya NGO perkauman seperti PERKASA yang bukan sahaja taksub dengan DNA Melayu (yang tidak akan ditanya oleh Allah di mahsyar kelak) malah cukup aktif mengeluar kenyataan jahil dan dangkal minda berhubung denga isu semasa (isu BERSIH, Kes tuduhan Liwat dan sebagainya). NGO sebegini diproksikan untuk menjadi tajdid semangat taksub bangsa, sebagai timbangtara jika UMNO tersasar daripada matlamat perkaumannya atau cenderung kepada Malaysian. Najib dimomokkan sebagai pelopor fahaman Malaysian apabila giat mengantikan islam hadhari dengan fahaman 1Malaysia yang semestinya ada nilai kejamakan kaum dalamnya. Sedangkan dahulu DAP pernah diserang teruk di Pulau Pinang apabila giat berkempen fahaman malaysian untuk semua warganegara. Jika perkauman melayu digunakan untuk menjatuhkan dan memburuk kerajaan pakatan rakyat, kini ia menjadi senjata merosakkan dalaman UMNO. Mahathir sendiri dalam blognya cuba melegitimasi fahaman perkauman; “Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan” . (http://chedet.cc/blog/?p=566#more-566 ) Biarlah digelar perkauman asalkan semua kaum ada peluang dalam negara ini. Ini bukan alasan yang bijak untuk menghalalkan semangat perkauman etnik yang jelas rekos pentadbiran beliau penuh dengan kronisme dan ketidak adilan. Adalah lebih baik beliau berkata “ walaupun saya penganut islam dan menobatkan syariah Islam, agama lain masih boleh diamal secara bebas di negara ini”. Inilah jawapan yang kita inginkan daripada pemimpin etnik Melayu. Fahaman perkauman umpama konsep ‘daurr’ dan ‘tasalsul’ dalam ilmu kalam (Aqidah) iaitu tiada kesudahannya, tiada penyelesaian, malah Hitler sendiri keletihan akhirnya apabila berjuang atas nama ras Aryan. Yang masih mendabik dada atas nama kaum hanyalah Zionis atas nama ras yahudi bani Israel. Adakah kita menjejak langkah Israel? Walaupun Ibnu Khaldun menyarakankan penggunaan konsep asobiyyah untuk kelancaran proses pentadbiran serta mengelakkan kesusahan kepimpinan, ia buka suatu lesen besar untuk kita membina negara melalui formula perkauman. Asobiyah atau perkauman (qaumiyyah) adalah nilai semulajadi sejajar dengan penciptaan Allah namun ia perlu dikawal sebaiknya sehingga kita memahami batas pemisah manusia hanyalah iman da taqwa kepada Allah. Adakah pemimpin etnik Melayu Malaysia tidak mengambil iktibar betapa negara yang diasaskan oleh dasar perkauman seumpama Singapura tidak selamanya berada di atas persada dunia. Lambat laun fahaman itu pasti menggigit pemimpin-pemimpinnya. Kita hingga kini gagal bersaing dengan Singapura apabila fahaman perkauman Cina Lee Kwan Yew cuba diatasi dengan kesatuan semangat perkuaman Melayu suatu ketika dahulu. Penulis adalah Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
Harakahdaily |
MELAKA, 29 Ogos: PAS Melaka tetap mendakwa isu yang berkait dengan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menggunakan wang zakat adalah suatu penyelewengan kerajaan negeri. Ekoran itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari (gambar) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Alai, baru-baru ini berhubung laporan yang dibuat sebelum ini. “Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat sebanyak RM13.5 juta bagi membina bangunan Maim,” ujarnya kepada Harakahdaily. Persoalannya, kata beliau kenapa wang zakat digunakan sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk membina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik Maim. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah mendakwa, ekoran itu bukan sahaja wang zakat habis tetapi tanah milik Maim juga ‘hilang’. Mengenai laporan kepada SPRM pada 28 Februari lalu, beliau melahirkan rasa kecewa apabila suruhanjaya itu menganggap ia hanya kesalahan teknikal dan tidak terdapat perbuatan rasuah. Menurutnya, pihak SPRM menganggap ia hanya Maim berhutang dengan pusat zakat dan akan membayarnya nanti. Beliau juga dimaklumkan bahawa duit zakat yang digunakan Maim itu adalah duit ‘lebihan’ sedangkan masih ramai golongan miskin tidak tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat. Katanya, lebih mengecewakan lagi apabila pada pertemuan dengan SPRM baru-baru ini menjadi panas sehingga pihak suruhanjaya itu menutup perbincangan dengan menyatakan "PAS siasatlah sendiri". “Tak mengapa, nanti kita akan siasat dan akan dedahkan perkara ini kepada rakyat bahawa ia merupakan penyelewengan pihak berkenaan terhadap wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang berhal menerimanya,” ujarnya. Menurutnya, banyak lagi perkara yang berkait dengan penyelewengan dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak diketahui oleh rakyat. Beliau menambah, PAS negeri akan mendedahkan perkara itu agar rakyat dapat mengetahuinya dan menilai kerajaan negeri yang ada sekarang sejauh mana berusaha untuk membantu mereka atau menyalahgunakan kuasa. |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 28 Ogos: Bajet alternatif Pakatan Rakyat yang akan dibentang lebih awal dari bajet kerajaan Pusat Oktober ini turut meletakkan komitmen penetapan jumlah gaji minimum kepada pekerja di negara ini.
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.
Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.
|
Jumaat, 26 Ogos 2011
Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.
Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."
Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.
"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.
"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.
Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.
Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.
"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.
Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.
Beliau yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.
Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.
Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”.
Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.
Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tangga kedua. “Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Katanya, lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan. DPPM, ujarnya mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan. “Mengapakah begitu longgarnya kawalan keselamatan di sempadan negara ataupun adakah kerana adanya rasuah yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk secara mudah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, DPPM bimbang dengan lambakan pekerja asing menyebabkan jenayah dan gejala sosial turut berleluasa. Beliau berkata, jenayah seperti pecah rumah, rompak, mencuri, rogol dan ragut naik mendadak dengan ramainya warga asing di negara ini. Katanya, kebanyakan golongan wanita tempatan merasa cemas serta tidak selamat untuk keluar rumah ekoran pelbagai jenayah yang terdedah terhadap mereka. Lebih dari itu, ujarnya kebanyakan warga asing turut mendominasi sesuatu penempatan. Katanya, warga tempatan kebanyakannya mengeluh kerana kawasan mereka dikuasai oleh warga asing termasuk premis-premis perniagaan yang dibolot oleh warga asing. Tambahnya, DPPM menggesa kerajaan dan pasukan keselamatan agar mengetatkan keselamatan di sempadan serta kerap melakukan serbuan ke premis dan kawasan perladangan serta pembinaan. Menurutnya, majikan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam mengambil pekerja asing di tempat mereka perlu diambil tindakan. Katanya, tindakan keras perlu diambil terhadap mana-mana premis hiburan yang menjalankan pemerdagangan manusia seperti menjadikan warga asing perempuan sebagai pelacur. Seharusnya, kata beliau pusat-pusat hiburan tidak lagi dibenarkan beroperasi memandangkan kesan buruk kepada masyarakat lebih banyak daripada kesan baik. Selain itu, katanya kerajaan perlu menghadkan kuota warga asing di negara ini. “Setiap identiti warga asing perlu dikenalpasti dan diketahui lokasi mereka. Selepas tamat kontrak, warga asing ini perlu dihantar pulang,” katanya. Tambahnya, apa yang berlaku, selepas tamat sesuatu kontrak pekerja ini bebas mencari pekerjaan lain sehingga mampu bermastautin di negara ini bertahun lamanya. Akhir sekali, kata beliau DPPM juga mengharapkan kerajaan agar menangani jenayah pemerdagangan kanak-kanak di negara ini. “Ia merupakan suatu perkara serius memandangkan di kebanyakan tempat, kanak-kanak dijadikan alat untuk meminta sedekah. “Sindiket pemerdagangan kanak-kanak perlu diburu dan diperangi habis-habisan kerana ia suatu jenayah kejam dan tidak boleh dimaafkan,” katanya lagi. |
Reformasi institusi agama dari kongkongan |
Harakahdaily |
TEMERLOH, 26 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencadangkan secara tegas bahawa institusi-institusi agama di negara ini perlu direformasikan segera daripada kongkongan golongan berkepentingan, yang jahil dan selama ini menekan institusi agama dengan kejahilan mereka.
Bagi Tuan Ibrahim, keruntuhan aqidah umat Islam masa kini sebenarnya menggambarkan masalah pokok yang lebih mendalam dan tunjang iaitu didikan agama yang gagal memantapkan aqidah.
Persoalan pendidikan jangan hanya dilihat kepada silibus sekolah, katanya kerana dalam sistem exam-oriented yang menebal sekarang ini, tidak mungkin pelajar akan menumpukan kepada subjek agama kerana ia bukanlah mata pelajaran utama dalam mana-mana peperiksaan penting. “Di luar sekolah pula, pendidikan agama lebih bergantung kepada usaha peribadi untuk mempelajari dan mendalaminya.
Sikap pemerintah yang terlalu pesimis terhadap golongan agama, terang beliau, telah menyebabkan masyarakat menganggap kalau ada kuliah tentang hudud atau teguran terhadap tindakan sesuatu pemimpin kerajaan yang menganjurkan program yang bertentangan dengan syarak, maka mereka akan terus dituduh sebagai ‘pembangkang atau penyokong pembangkang’.
Dalam isu murtad yang menjadi hangat kebelakangan ini, Tuan Ibrahim secara kesal menyatakan bahawa isu ini telahpun digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Katanya lagi, golongan berkepentingan ini hanya ingin menuding jari mencari salah; jauh sekali untuk berusaha agar memperbaiki kelemahan bagi memperkasakan aqidah umat Islam.
|
PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.
|
PAS alukan kenyataan SPR guna dakwat kekal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.
|
Rabu, 24 Ogos 2011
http://wfauzdin.blogspot.com/ |
APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0. Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata. Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn. BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita. Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi. |
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri supaya tidak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini katanya, kerana tindakan memecat Anwar hanya akan menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu diketahui mempunyai ramai penyokong.
“Semasa saya pergi ke pejabat Perdana Menteri, saya jumpa Tun Ahmad Sarji (ketika itu Ketua Setiausaha Negara). Tun Ahmad Sarji kata dia akan beritahu PM (Mahathir). Dan selepas itu, dia kata PM tak mahu jumpa saya,” katanya.
Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada September 1998.
Selain itu, kata Harussani, beliau juga melihat tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar tidak bersesuaian.
“Saya mahu ingatkan bahawa tuduhan liwat, jika tak bawa empat saksi, susah. Sebab itu saya mahu cadangkan kepada Dr Mahathir supaya buat rombakan Kabinet saja, turunkan Anwar daripada Timbalan Perdana Menteri kepada menteri biasa. Itu yang lebih baik.
“Sekarang, tengoklah, apa jadi pada bangsa Melayu?” katanya.
Menurutnya, dalam banyak perkara lain, Mahathir banyak memberi pertimbangan dan menerima pandangannya melainkan dalam isu membabitkan Anwar.
“Saya sanggup jumpa Perdana Menteri untuk suarakan pandangan. Sebelum itu, kepada Tun (Abdul) Razak (Hussein), tiga kali saya jumpa. Kali pertama berkaitan Thaipusam yang hanya setahun sekali tetapi di Pulau Pinang, disambut tiap-tiap bulan. Bukan itu saja, orang Hindu di Pulau Pinang berarak sampai dalam kampung Melayu walaupun dalam kampung itu hanya ada seorang saja beragama Hindu.:
“Saya jumpa Perdana Menteri, mengadu dan kemudian Tun Razak panggil Menteri Kehakiman waktu itu, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang terus hubungi Ketua Polis Pulau Pinang arah ambil tindakan,” katanya.
Harussani yang pada masa itu, berjawatan Kadi Besar Pulau Pinang berkata, dalam kes lain, beliau juga pernah mengadu kepada Abdul Razak, mengenai 14 tokong Buddha yang dinamakan sempena nama orang Melayu.
“Saya tunjuk gambar tokong-tokong itu kepada Tun Razak. Yang ketiga kes kongsi raya, saya beritahu dia haram kita sebut kongsi raya kita dengan perayaan agama lain. Esoknya dia buat kenyataan larang guna (istilah) kongsi raya,” katanya.
Mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Harussani berkata, beliau pernah mengingatkan Perdana Menteri mengenai perpecahan orang Melayu hari ini yang menurutnya berpunca daripada pentadbiran kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.
Ulama bukan ‘penumpang’
SHAH ALAM – Peranan ulama yang terlibat dalam politik perlu diiktiraf agar segala pandangan, teguran dan cadangan diambil kira dalam memastikan pentadbiran parti dan kerajaan berlandaskan hukum syarak. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ulama yang terlibat dalam politik tidak boleh dianggap sebagai ‘penumpang’ sebaliknya peranannya sebagai ‘pemandu’ kepada kepemimpinan. Katanya, ulama yang menyartai politik bukan dengan hasrat mencari kepentingan peribadi, sebaliknya berdakwah dengan cara tersendiri. “Ulama ada tanggungjawab dan amanah tetapi peranannya dalam politik perlu diiktiraf kerana dengan pengiktirafan itu, segala pandangan dan nasihat akan didengar dan diambil kira,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian Siri 6 bertajuk Ulama Politik, Untuk Dakwah atau Parti di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator. Menurut Tuan Ibrahim pandangan dan nasihat ulama politik tidak harus dipencilkan sebaliknya perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah parti politik bagi emastikan perjuangan tidak tersasar dari ajaran Islam. “Sebelum ini ada pihak menggelar ulama politik tertentu sebagai ‘terompah’ atau ‘periuk nasi elektrik’ yang hanya menjatuhkan kredibiliti ulama berkenaan. Tuduhan itu juga seolah-olah pandangan ulama berkenaan hanya diperlukan apabila terdesak,” katanya. Menurutnya, ulama di dalam politik mesti berlandaskan syariat Islam bukan mengejar kepentingan tertentu. “Ulama pada asas maknanya ialah orang yang berilmu, tetapi dari sudut istilah penggunaan ulama dikaitkan dengan sifat takwa kepada ALLAH. Malah ALLAH mengangkat darjat manusia disebabkan dua perkara, iaitu iman dan ilmunya. “Oleh itu dalam konteks ini, orang berilmu yang diangkat oleh ALLAH ialah golongan beramanah dalam ilmu,” katanya. Beliau berkata, orang yang melakukan khianat dalam ilmu akan menyebabkan kesan memudaratkan, iaitu boleh menyebabkan masyarakat dan generasi musnah. Menurutnya, Pas adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang memberi pengiktirafan kepada ulama. |
Ogos 24, 11
7:19pm
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.
"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.
"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.
Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.
Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.
"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri. “Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini. Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.
Anwar didakwa lagi Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu. Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara. Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik,” kata Mallot dalam tulisannya.
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menganggap Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus ibarat ‘meludah ke langit dan terkena muka sendiri’. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, isu yang cuba dibangkitkan adalah berkenaan pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian. “Beliau mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, setelah 50 tahun lebih Umno BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah Umno BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka. Menurutnya, Umno BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu itu tanpa ada kesedaran untuk membanteras jenayah murtad daripada terus berleluasa. Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu itu kerana Umno BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya. “Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan almarhum Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan Umno BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur,” katanya. Beliau menambah, isu penukaran agama ummat Islam tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka. Selain itu, katanya Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan Umno BN sebelum daripada ini. Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu itu dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun. Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Umno Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi ‘hero’ kepada agama Islam. |
Abdul Aziz Mustapha |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati".
|
Abdul Aziz Mustapha |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati".
|
Abdul Aziz Mustapha |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati".
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.
|
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak menjawab dengan segera 3 soalan yang timbul berhubung pengguguran beberapa nama pengundi dalam daftar pemilih setelah diasak keras oleh PAS.
Beliau menegaskan, pihaknya kurang berminat untuk melaporkan segala kecurigaan terhadap manipulasi pilihanraya kepada pihak SPR kerana pihak PAS telah berkali-kali berjumpa dan melaporkan kepada SPR berhubung dengan pelbagai masalah yang berlaku, sehingga PAS mengerakkan himpunan aman Bersih 1 pada tahun 2007 lalu. Malangnya, tegas beliau, pembersihan daftar pemilih tidak juga berlaku, namun apabila Pemuda PAS mendesak melalui media barulah pihak SPR memberi tindak balas kepada bantahan yang telah dibuat. "Oleh itu, saya lebih percaya kepada desakan rakyat seperti yang kita buat menerusi laporan media dibandingkan dengan laporan demi laporan yang dihantar kepada pihak SPR. "Hasil daripada desakan rakyat inilah, SPR telah menggugurkan ribuan pemilih-pemilih yang mempunyai kad pengenalan yang sama, nama dan kad pengenalan hampir sama, warga tua lebih daripada 90 tahun dan lain-lain lagi. "Saya percaya pengguguran nama pemilih ini adalah sebahagiannya datang daripada desakan Pemuda PAS Malaysia. Bagaimanakah saya dianggap berbohong sedangkan SPR menerima bantahan tersebut?" katanya. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor sehubungan itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan beliau berbohong terhadap maklumat berkenaan tiga orang yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir sama yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 19 Ogos lalu bertajuk "Kembar Ditemui". "Apa yang saya bangkitkan adalah kecurigaan saya terhadap data-data sah yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR, mempunyai nama dan nombor kad pengenalan yang hampir sama hanya dibezakan dengan 2 digit sahaja. "Kecurigaan saya ini adalah berasaskan kepada kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 24 Julai lalu dalam akhbar The Star yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih sah SPR. "Jika benar kecurigaan saya ini, maka manipulasi pilihanraya adalah mudah untuk berlaku. Mungkin dilakukan oleh pemilik kad pengenalan atau individu lain yang berkepentingan," tegasnya. Atas kesedaran keperluan membantu membuat proses semak dan imbang dalam sistem pilihanraya di negara ini, Pemuda PAS telah mengeluarkan data-data tertentu untuk pengesahan, dengan fasa pertamanya menggunakan nama-nama yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Azhar bin Ahmad, Besah binti Ali dan Mansor bin Ahmad. "Hasil pendedahan yang kami buat menerusi laporan media termasuk dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Ogos lalu, enam individu terbabit telah dijejaki. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Azhar bin Ahmad, Puan Besah bin Ali dan Encik Mansor bin Ahmad kerana telah tampil memberi penjelasan. Mereka telah membantu proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi dalam negara ini," katanya. Pemuda PAS, tegas beliau, sebenarnya mempunyai ribuan data untuk disemak, tetapi hanya menggunakan enam daripada ribuan data terbabit. "Tidak mungkin semuanya kebetulan. Saya penuh yakin bahawa sebahagian besarnya adalah mirip kepada manipulasi pilihanraya," ujarnya. Atas tujuan yang sama, Pemuda PAS melangkah ke fasa kedua kajian itu dengan lima nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia dijadikan data pengesahan. "Mereka semua adalah pengundi yang sah. Tidak mungkin ramai orang mempunyai nama yang unik dan memiliki hampir sama nombor kad pengenalannya kecuali dua digit. Saya mohon semua pihak yang terbabit dapat mengesahkan semua maklumat yang dinyatakan itu," ujar beliau. |
Menangani riddah jangan bermusim |
Mohd Syahir Sulaiman |
“..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam agama bagimu..” (Al-Maidah: 3)
Ramadhan 1432 nyata tidak sepi dengan mehnah dan cabaran yang menguji tahap keimanan, demi mengejar martabat taqwa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam pensyariatan ibadah puasa. Dimulakan dengan landskap BERSIH 2.0 di penghujung bulan Syaaban yang menyaksikan kebangkitan rakyat yang dambakan agenda Islah dalam sistem demokrasi negara, keheningan di awal Ramadhan terusik dek polemik operasi JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama yang mengundang perdebatan yang tidak sudah. Bukanlah hasrat penulis untuk menilai nawaitu dan fe’el golongan pemimpin yang memperlihatkan kenyataan dan reaksi yang pelbagai, sekadar ingin berpesan supaya tidak menjadikan wadah media sebagai medan menghukum dan menuding jari dalam persoalan aqidah ummah, tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh sehingga mencemar kemurnian peribadi dan jatidiri sendiri. Sebagaimana di dalam berpuasa kita diajar akan nilai ketaatan, kepercayaan dan pengharapan kepada Allah, begitulah juga setiap perintah dan larangan oleh Allah, perlu dijunjung dengan sepenuh hati, tanda suci dan murni aqidah kita. Adapun agenda mempertahan aqidah ummah, bukanlah agenda bermusim. Ia memerlukan pendekatan komprehensif dan komitmen yang berterusan, tidak cukup dengan hanya slogan dan teriakan yang tidak membawa apa-apa makna. Kesungguhan PAS memelihara aqidah ummah secara komprehensif terbukti daripada inisiatif penubuhan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) yang mengasuh penerapan nilai-nilai agama seawal usia mula mengenal mana yang baik, mana yang buruk. Hasil didikan pra-sekolah di Pasti, penulis mula mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Kami diajar mengenal Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin paling agung, bersama 25 rasul dan nabi ikutan ummah. Kami diajar mengenal Alif-Ba-Ta di samping bertatih mengeja A-B-C. Kami diajar Wahid-Ithnain-Thalatha disamping bersifir 1-2-3. Kami diajar melakukan solat 5 waktu, sempurna dengan yang rukun dan sunat, tiada berani ditinggalkan walau 1 waktu. Kami diajar menghafal dan mengalunkan surah-surah ringkas, bacaan solat, doa-doa, dan nasyid yang memuji Tuhan, tiada nyanyian yang melalaikan. Kami dilatih dengan pemakaian yang menutup aurat, pelajar lelaki segak berbaju melayu hijau berkopiah putih, pelajar perempuan anggun berbaju kurung hijau dan bertudung putih, tiada seluar pendek mahupun skirt singkat. Kami dididik mengenal ketokohan Khulafa ar-Rasyidin dan ilmuan Islam seumpama Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, dan Ibnu Khaldun, sebelum kami mengenal Newton dan Einstein. Ternyata, benih yang diasuh di Pasti, sebuah institusi yang ditubuh dan dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS, berjaya menghasilkan generasi yang kenal dan patuh pada Tuhan. Sistem pembelajaran di Pasti berjaya melahirkan golongan celik Al-Quran dan celik agama, menjadi benteng penyelamat aqidah seawal usia mula mengenal makna. Dalam usaha memartabatkan Islam, PAS didokong dengan kuatnya oleh para Ulama’. Golongan ulama’ yang mendalami ilmu agama secara syumul, menggalas amanah pewaris Nabi, senantiasa istiqamah sejak zaman berzaman memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Allah berfirman, “…sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun” (Fathir: 28). Partisipasi PAS dalam politik tanahair dan antarabangsa, tidak pernah tergelincir dari paksi aqidah, sedari zaman kebangkitan penentangan penjajah hinggalah ke zaman teknologi alam maya. Peristiwa pembelaan Natrah, syuhada’ Memali, dan kejayaan pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990 adalah sebahagian monumen manifestasi istiqamah dan komitmen PAS memelihara kesucian Islam. Berbalik kepada persoalan semasa, penulis amat bersetuju dengan pendirian PAS dan Dewan Pemuda PAS berkenaan sikap dan peranan kita terhadap kegawatan aqidah ummah pada masa kini. Ini bukanlah masa untuk kita menuding jari mencari siapa yang salah, tetapi ini masa untuk kita menghulur tangan ke arah penyelesaian masalah. Di dalam ruang yang terhad ini, penulis berasa terpanggil untuk mengetengahkan beberapa cadangan yang agak unik dan tersendiri, di samping beberapa cadangan umum yang dilontarkan dalam menatijahkan solusi kepada permasalahan ini, antaranya: 1. Mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam (Nasrudin Hassan, 14 Ogos 2011) – Penulis sebagai anak kelahiran Negeri Serambi Makkah sangat mengalu-alukan cadangan ini untuk dilaksanakan, natijah daripada kesibukan di pejabat dan perlu bergegas melepasi hiruk-pikuk kota untuk ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat, yang pastinya menjejaskan penumpuan kepada khutbah yang disampaikan. Medium khutbah adalah besar nilainya di sisi Islam dan mampu menjadi wadah penyatuan pemikiran dan perpaduan ummat Islam, dek kealpaan mengejar kesibukan dunia sepanjang minggu. 2. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh ummat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati (Sidang Meja Bulat NGO Islam, 13 Ogos 2011) Penulis tidak perlu mengulas lanjut di sini, cukup sekadar memetik peringatan Allah, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah: 114) 3. Mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita (Nasrudin Hassan, 14 Ogos 2011) – Idea ini bersifat serampang dua mata; mendekatkan (engagement) agensi kebajikan dan agensi agama terhadap golongan memerlukan, dan memberi peluang pekerjaan (employment) kepada lulusan agama. Walhasil, institusi masjid akan berperanan sebagai instrumen dakwah dan kebajikan, hasil mekanisma penyampaian yang dikawal selia oleh pegawai-pegawai yang lebih hampir dan cakna dengan keadaan masyarakat setempat. Syeikh Abu Hassan Ali an-Nadwi pernah mengungkapkan di dalam risalah beliau yang terkenal, “Riddah La Abu Bakr Laha (Murtad, Tiada Abu Bakar Menanganinya)”, bahawa ummat Islam kini menghadapi ancaman murtad yang lebih merbahaya iaitu fahaman metarialisma yang datang dari pengaruh Barat. Justeru, berpandukan ketegasan Saidina Abu Bakar r.a. dalam menangani gejala riddah, maka kita ummat Islam akhir zaman perlulah bersama-sama berganding bahu dalam usaha memelihara aqidah ummah secara bertanzim dan komprehensif, bukannya bermusim. Marilah, bersempena ruh Ramadhan al-Mubarak, kita tanam azam dan tekad untuk dipilih sebagai pahlawan tentera Saidina Abu Bakar di zaman ini. Salam ‘Idul Fitri Al-Mubarak. -------------------------------------------- Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia. ‘Idul Fitri 1432 akan disambut dengan penuh kesyukuran bertemakan warna kuning, lambang kemuliaan dan kesucian. |