Ahad, 21 Ogos 2011
Kerabat - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.
LENGGONG: Kebajikan Veteran dan Angkatan Tentera Malaysia (KERABAT) negeri Perak mendapat sambutan luar biasa apabila sebanyak 5,329 telah mendaftar keahlian, walaupun baru sebulan dilancarkan.
Pengerusi penajanya, Zulkafli Daud, berkata sebanyak 10,000 borang keahlian telah diagihkan dan sekiranya sambutan menggalakkan jumlah sebanyak itu lagi akan dikeluarkan sehingga penghujung 2011.
Katanya, sejak dilancarkan pada 22 Julai lalu, KERABAT telah berjaya menubuhkan jawatankuasa penaja di Taiping, Padang Rengas, Tapah, Bukit Gantang, Kampar, Manjong, Parit dan Lumut selain Lenggong.
"KERABAT mensasarkan sehingga akhir tahun ini semua 24 kawasan Parlimen berjaya ditubuhkan jawatankuasa penajanya dengan sasaran keahlian sebanyak 20,000.
"Untuk tujuan itu KERABAT telah melantik wakil-wakil di setiap daerah yang diharap dapat menjelaskan tujuan dan matlamat pertubuhan sekali gus berusaha membentuk jawatankuasa penaja," katanya, ketika ditemui disemalam.
Zulkafli berkata, pada pelancarannya oleh Presiden sendiri, Kol (B) Nazri Mokhtar di Kampung Gelok 22 Julai lalu, sebanyak 2,000 borang yang dikeluarkan habis dalam masa tidak sampai tiga jam.
Katanya, dengan sambutan yang menggalakkan itu, KERABAT yakin berjaya mencapai sasaran keahlian sebanyak 20,000 orang pada tahun ini bagi mencapai matlamat menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kuat.
KERABAT ditubuhkan untuk tujuan dan matlamat memperjuangkan hak kebajikan Veteran dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih berkhidmat supaya hak-hak yang sewajarnya mereka dapat serta pembelaan terhadap mereka didak dinafikan.
"Sebagai contoh, seorang ATM atau waris layak mendapat 20 ekar tanah pertanian dan lot tapak perumahan, sepertimana telah dibahas dan diluluskan di Parlimen pada 1973, bagaimanapun tidak dilaksanakan secara menyeluruh, sedangkan akta itu untuk semua bekas ATM," katanya.
Beliau berkata, KERABAT juga ditubuhkan untuk membela nasih balu-balu ATM dan bekas tentera, OKU atau yang cacat semasa berkhitmat, anak-anak tentera dan bekas tentera dan anak-anak yatim tentera dan bekas tentera.
Katanya, KERABAT akan menjadi NGO yang kuat yang mampu menangani pelbagai masalah dihadapi ahlinya.
Tamat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan