Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kemenangan waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini membuka jalan untuk lebih banyak penyelewengan didedahkan. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyelewengan yang berlaku di Felcra lebih teruk berbanding Felda. "Ini satu lagi kemenangan manis kepada peneroka di Felcra, satu lagi institusi pembangunan tanah. "Ini membuka jalan kepada pendedahan lebih banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di Felcra. Apa yang berlaku di Felcra lebih serius daripada Felda," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Mazlan berkata, Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sedang mengumpulkan bukti berkaitan kes-kes penyelewengan Felcra khususnya di Perak untuk didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berwajib. "Bapa sudah buat keputusan untuk mendapatkan beberapa sample kes penyelewengan yang berlaku yang sebahagiannya di Perak seperti di Pasir Salak dan baling, Kedah. "Peserta Felcra sudah buat laporan kepada Bapa dan kita akan teliti kes-kes ini untuk dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya. Baru-baru ini, seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya. Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah. Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah. Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra. Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit. Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Bapa, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra. |
Rabu, 17 Ogos 2011
Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan