Kes Bunuh Altantuya Akan Di Buka Semula
Mengulas mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan ianya tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya.
"Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baru tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah,"Dan hari ini dalam satu kenyataan media Presiden Majlis Peguam Christopher Leong telah menegaskan bukti baru adalah mencukupi untuk membolehkan Peguam Negara membuka semula kes tersebut.
"Pendedahan oleh Deepak dan juga Mendiang P. Balasubramaniam serta Americk Singh Sidhu adalah mencukupi untuk mewajarkan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.
"Kes ini telah menyaksikan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
Namun begitu persoalannya apakah Motif Altantuya dibunuh oleh mereka?..dan siapa arahkan Altantuya dibunuh??
Selagi UMNO/BN kekal berkuasa.. jangan diharap akan kes ini akan dibuka semula..
Persoalan yang sedang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia.. Apakah Motif Altantuya dibunuh oleh dua bekas anggota UTK itu pasti akan terjawab bila UMNO/BN tidak berkuasa lagi..
Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ini!! ~anak sungai derhaka
Persoalan yang sedang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia.. Apakah Motif Altantuya dibunuh oleh dua bekas anggota UTK itu pasti akan terjawab bila UMNO/BN tidak berkuasa lagi..
Oleh itu tumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya ini!! ~anak sungai derhaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan