Parlimen Bubar 29 Mac.. Ini Buktinya
InsyaAllah, jika Rosmah Mansor tidak melakukan sebarang campurtangan maka tarikh pembubaran Parlimen untuk PRU13 ini ialah pada 29 Mac 2013. Demikian menurut satu sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri.Asas yang kuat terhadap dakwaan tersebut itu PM telah menyelesaikan semua sasaran kempen politiknya yang meliputi segemen sasaran dan lokasi; semua kalangan rakyat seperti nelayan, peneroka, guru, polis, tentera, remaja, veteran dll sudah ditemui serta seluruh negeri telah dilawati pada tarikh tersebut.
Ia dikuatkan lagi dengan tarikh beliau selesai menandatangani beberapa perjanjian yang berkaitan dengan LIMA di Langkawi.
Tarikh PRU tidak boleh dilewatkan lagi kerana BN rakyat Malaysia yang menerima BR1M 2.0 akan 'mudah lupa' apabila semakin lama masa berlalu di samping isu Lahad Datu yang masih panas yang dianggap menguntungkan BN kerana pameran sandiwara seolah2 BNlah penjaga kedaulatan negara.
Sebab yang paling kuat PRU tidak boleh diliwatkan lagi opss silap.. dilewatkan lagi ialah kerana BN sendiri sudah keletihan.
Mereka di arah buka bilik gerakan dan penaik bendera sejak 1 Februari lalu, sekarang bendera pun dah nak reput, semangat juang ahli-ahli UMNO BN dah merosot.Untuk PRU 13 ini BN dijangka akan tewas di Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan