Khamis, 14 Mac 2013
LENGGONG: Ibu bapa yang memilih Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) sebagai intitusi awal untuk pendidikan anak-anak, wajar diberi penghargaan kerana mempunyai kesedaran terhadap masa depan generasi berkenaan.
Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, berkata pendedahan awal kepada anak-anak terhadap pendidikan Islam adalah atas kesedaran untuk masa depan mereka supaya menjadi generasi yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
"Anak-anak yang didedahkan dengan pendidikan Islam sejak peringkat awal, akan lahir sebagai golongan yang mampu menjadi generasi yang cemerlang, tidak sahaja untuk dunia, malah di akhirat," katanya ketika berucap merasmikan Sukaneka PASTI peringkat kawasan Lenggong di Dataran Lawin baru-baru ini.
Lebih 100 kanak-kanak dari lapan buah PASTI seluruh kawasan Parlimen Lenggong, menyertai temasya tahunan yang diisi dengan 20 acara dipertandingkan itu.
Razman berkata, sehubungan itu sewajarnya ucapan terima kasih dan tahniah diberikan kepada para ibu bapa yang memilih PASTI ketika institusi pendidikan untuk kanak-kanak itu terpaksa berhadapan dengan TADIKA, TABIKA, TASKI dan lain-lain yang sebahagian besarnya diberi dana oleh kerajaan.
Katanya, guru-guru PASTI juga wajar diberikan penghargaan yang tinggi kerana sanggup berkorban mendidik kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa mereka tanpa ada gaji daripada kerajaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan