Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati
KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili
firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati
didakwa sebagai kes bunuh diri.Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO
hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Mengikut BBC News
Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran
pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis.
Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.Metzner mewakili
kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene
kepada Malaysia sedekad lalu.Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada
mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam
perjanjian Scorpene.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan
komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat
milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.Skandal ini
dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia,
Altantuya Shaaribuu yang dibunuh secara kejam mengguna peledak C4 dari
Kementerian Pertahanan pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan
terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance
Perancis.Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat
persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak,
Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli
Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Balasubramaniam bagaimanapun meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan
jantung.Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS
berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran.
~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan