
Islam adalah amanah . Betapa deritanya Nabi ( S.A.W ) dan para sahabat memikul amanah ini . Kita perjuangkan Islam atas kesedaran dan rasa tanggungjawab sebagai umat baginda agar amanah ini tidak akan disia-siakan . Tidak kiralah walaupun sebagai bayaran kita terpaksa menderita, dicaci dihina , rugi wang dan harta , kerana kita tahu, untuk menemui baginda kelak , ianya menuntut lebih dari sebuah pengorbanan .
Tapi mereka .....
Mereka jadikan Islam sebagai tunggangan mencapai matlamat mereka ...
Dengan megah mereka - mereka ini mendabik dada mengatakan
" kamilah sememangnya pejuang agama yang tulen "
Kalaulah baginda Nabi ( S.A.W ) melihat Islam cara mereka ini
pasti baginda akan berkata
Ini bukanlah Islam sebagaimana yang ku ajarkan ...
Ampunilah kami umatmu ya Rasulallah , kerana mereka ini memang terlalu celupar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan