Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 5 Okt: Gara-gara tindakan polis menahan dua wartawan yang sedang bertugas pada 1 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Difahamkan Suhakam menghantar surat bantahan ekoran penahanan dua wartawan terbabit. Perkara itu didedah seorang pegawai polis kepada Mohd Rizal Md Tahir (Harakahdaily) dan Salmah Mat Husain (Harakah) ketika datang melaporkan diri di IPD, petang tadi. Kedua-dua wartawan terbabit bersama anak mereka ditahan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos. Mereka ditahan hampir lima jam sejak 9.15 malam di ibu pejabat polis Kontijen Kelantan bersama dua lagi lelaki lain di lokasi perhimpunan tersebut diadakan. Mereka hanya dibebaskan pada dinihari selepas dijamin Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim dan seorang peguam. Salmah berkata, mereka tidak perlu lagi melapor diri di IPD untuk menyambung jaminan seperti dilakukan pada 1 September lalu. “Hari ini saya dan suami diminta melaporkan diri di IPD. Bagaimanapun selepas ini kami tidak perlu lagi berbuat demikian setelah didapati tiada kes yang boleh disabitkan. “Pihak polis memberitahu penahanan pada 1 Ogos lalu hanya untuk membantu siasatan. Apabila kertas siasatan dibuka ia perlu melalui proses siasatan. “Siapa-siapa pun macam tu dan apabila terbukti tiada kes yang boleh disabitkan ia akan dibebaskan,” katanya. Sebuah beg tangan hitam yang diambil pada hari tangkapan sebagai bahan bukti turut diserahkan kembali kepadanya. |
Selasa, 5 Oktober 2010
Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan