PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 5 Oktober 2010

Penghibur montok

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/10/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras, di sini dikesan menyediakan pelayan (GRO) warga asing.

Sambil mabuk dan berkaraoke, gadis bertubuh montok dari China itu akan menjadi penghibur atau ‘pemandu’ lagu.


Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu dihidu sebelum sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu restoran berkenaan ketika pelanggan sedang leka berhibur malam kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 9.45 malam itu, seramai 31 pelanggan berada dalam restoran berkenaan yang kebanyakan bersama GRO yang disediakan.


Gadis warga asing berkenaan akan mendekati pelanggan apabila ada pelanggan yang membelikan kalung bunga berharga RM10 yang akan dipakaikan kepada mereka. Difahamkan, mereka akan berada di samping pelanggan bagi tempoh masa tertentu sebelum pelanggan diberikan khidmat hiburan berahi di meja restoran berkenaan termasuk di dalam tandas premis itu.


Jurucakap polis berkata, dalam operasi itu, seramai 19 wanita warga asing dari China berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan bersama dua wanita dan seorang lelaki warga Kemboja dipercayai pekerja di restoran itu.


Menurutnya, ketiga-tiga pekerja itu didapati memasuki negara ini menggunakan kad pelarian UNHCR manakala semua wanita warga asing terbabit menggunakan pas lawatan sosial.


“Semua mereka tidak mempunyai permit kerja di negara ini dan dipercayai sudah beberapa kali memasuki negara ini berdasarkan cop pada pasport masing-masing.


“Berdasarkan rekod, premis berkenaan mempunyai lesen hiburan dan sudah diserbu beberapa kali oleh pihak polis D7 Kuala Lumpur sebelum ini, namun ia kali pertama dilakukan D7 Bukit Aman,” katanya.


Semua GRO terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tindakan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1957 kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.


Katanya, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis untuk tindakan siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan