|   Kegagalan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk mengadakan  Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) yang beliau sendiri sibuk menguar-uarkan  itu pada 6 bulan yang pertama tahun ini telah memberi satu gambaran  yang jelas kepada orangramai bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang  kurang keberkeyakinan.
  Jika beliau adakan PRU-13 sebelum bulan  Julai tahun ini terutamanya pada bulan Mac, pasti beliau akan menang  besar sebab pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) masih kucar-kacir dan  belum dapat berdiri di atas tapak yang kukuh lagi.  Masa itu Bersih 2.0  belum pun memaparkan tuntutannya kepada kerajaan.
  Namun  demikian, Najib menlengah-lengahkan sampai sekarang.  Itu bukan satu  langkah yang bijak sebab selepas pemilihan parti yang diadakan oleh PAS,  PAS telah bertambah kuat sementara PKR dan DAP masing-masing telah pun  mengorak langkah untuk memperbaiki kedudukan mereka.  Kini ketiga-tiga  parti dalam Pakatan Rakyat sekarang telah berada diatas 'terra firma'  atau permukaan bumi yang kukuh, dalam Bahasa Inggeris dikatakan berada  'on solid ground'.
  Ini semua disebabkan oleh PM Najib sendiri  yang tidak berani menebang pokok, mengikut kata peribahasa Cina.   Apabila seseorang hendak menebang pokok, kapak yang dihayunkannya mesti  sampai tepat untuk memukul sasaran tetapi Najib hanya berani menghayun  kapak 'halfway' dan selepas itu menarik balik pergerakannya semula.  Ini  bererti beliau tidak berani 'go for it', seperti setengah orang yang  suka cakap-cakap dan bermegah-megah tetapi pada masa yang ditetapkan  untuk beraksi, orang itu pergi berkelah di tepi pantai ataupun duduk  dalam rumah sahaja.
  Najib sekarang cuba membuat sesuatu untuk  mengawal kenaikan harga barang yang masalahnya semakin bertambah teruk.   Tetapi kenyataan dari kerajaan menunjukkan bahawa tiada satu orang pun  mempunyai rangka pelan yang jelas.  Semuanya samar-samar, kabur dan  tidak mempunyai halatuju.  Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan  langsung tiada idea bagaimana hendak mengatasi masalah ini, seperti  sebuah bahtera tanpa pengemudi.
  Oleh kerana masalah harga barang  naik, Najib tidak berani mengadakan PRU-13.  Ini memang akan  memberikannya imej sebagai seorang pemimpin yang kurang keberkeyakinan.   Berbanding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun dengan caranya  yang tersendiri dan tunggang-langgang, Badawi bagaimanapun telah berjaya  menetapkan tarikh pilihanraya umum.
  Dengan pendirian sebegini,  ramai rakyat Malaysia terutamanya dari golongan yang miskin dan  berpendapatan rendah hanya boleh tunggu, lihat, harap dan berdoa.  Ramai  daripada mereka pun telah menggelengkan kepala tanda rasa kecewa dengan  Kerajaan BN.
  PANAH HITAM, 2hb Ogos 2011  | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan