Selasa, 29 November 2011
LENGGONG: Baru-baru ni ada la sorang kenalan dari Umno membisikkan sesuatu, katanya; rakyat di kawasan Parlimen Lenggong semakin terdedah dengan isu-isu dibangkitkan pembangkang, khususnya PAS. Katanya, semakin ramai rakyat lebih suka bincang isu-isu semasa yang didedahkan oleh Haji Razman Zakaria. Lebih menarik lagi, mereka mulai bijak membezakan antara isu-isu yang didedahkan Haji Razman dengan kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri, termasuk melalui media-media arus perdana, sama ada media cetak atau media elektronik.
Lebih dari itu, kata kenalan dari Umno itu, sekarang ini lebih ramai orang-orang Umno di kampung-kampung mulai berani menjengah diri di tengah-tengah khalayak apabila ada ceramah besar PAS. PAS pula sejak tiga empat tahun kebelakangan ini lebih menonjol dengan saf kepimpinan baru, manakala ceramah-ceramah pula sering menampilkan tokoh-tokoh hebat, katanya. Tambahnya, hanya dua TOK GURU - Mursyidul Am dan Presiden - lagi yang belum berkesempatan, yang lain-lain boleh dikatakan semuanya sudah tampil di depan ribuan khalayak di kawasan Parlimen Lenggong.
Menurutnya isu-isu yang didedahkan pula sesuai mengikut suasana tempat ceramah. Di kawasan Felda, isu Felda. Di kawasan Felcra, isu Felcra. Begitu juga di kawasan-kawasan lain. Isu-isu utama pula kebanyakannya sesuai di semua tempat, seperti isu HUDUD, yang sekarang ini masyarakat Cina dan India pun berminat mendengarnya. Semuanya ini, katanya, membuktikan rakyat semakin berminat dengan PAS.
Dulu PAS Lenggong tidak lebat dengan siri ceramahnya dan ceramah pula sering diadakan di satu-satu tempat tertentu saja, tetapi sekarang ini, katanya, PAS berjaya masuk ke semua tempat - boleh dikatakan semua kampung telah mendapat sentuhan.
"Saya juga kini semakin berminat mendekati PAS," katanya, mengakhiri buala singkat. Kami berpisah dengan janji untuk bertemu semula.
M Faqih
RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat.
Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat.
Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno.
Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS.
“Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang.
Peristiwa yang tercatat dalam sejarah itu berlaku pada 1968 selepas Umno (Perikatan) gagal dalam misi merampas Kelantan sejak pilihan raya umum 1959.
Lima Adun PAS yang diculik dalam misi tersebut termasuk Adun Kota Bharu Timur, Saufi Idris; Adun Tok Uban, Abdullah Yusof; Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh; Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latiff dan Adun Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad.
Menurut Che Omar mereka ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur selama sebulan dengan kawalan ketat pegawai polis.
Mereka diugut dan dijanjikan dengan pelbagai tawaran sekiranya bersetuju menjatuhkan kerajaan PAS.
Sebagai helah bagi melepaskan diri akhirnya mereka bersetuju dengan tawaran dibuat Umno. Kemudian kelima-lima Adun terbabit dibawa pulang ke Kelantan menjelang persidangan Dun diadakan.
Bagaimanapun selepas sampai di Kota Bharu mereka mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku, sehingga usul undi tidak percaya pada 1968 terhadap kerajaan PAS gagal.
Husam berkata, taktik menumbangkan kerajaan PAS berterusan dilakukan sehingga sekarang, di mana keadaan dianggap kritikal berlaku pada 2004 ketika PAS menang dengan majoriti kecil.
“Ramai Adun PAS diumpan dengan tawaran lumayan, namun mereka tidak tergoda dengan umpan kebendaan itu sehingga kerajaan PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini,” ujarnya.
Nizar juga mendedahkan taktik luar biasa turut digunakan pemimpin Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak pada 2009.
Menurutnya rampasan kuasa melalui kudeta itu sebenarnya bukan hanya untuk menyelamatkan Umno, sebaliknya mengangkat keperibadian pemimpin tertentu.
“Pemimpin Umno sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengulangi misi merampas Perak pada 2009 semata-mata bagi menyelamatkan Putrajaya.
“Malah Datuk Seri Najib pernah mengeluarkan kenyataan mahu berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga sampai ke tulang,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan penganalisis politik dari beberapa universiti yakin Umno dan BN tidak dapat mempertahankan kerajaan di Perak pada pilihan raya umum akan datang.
Kata mereka momentum rakyat terutamanya bukan Melayu dilihat semakin jauh daripada BN.
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa."Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa."Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya."Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti."Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu.
Ahad, 27 November 2011
Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia? | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan. |
Isu air tak jejas sokongan rakyat Kelantan | | Print | |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Penganalisis politik Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, isu air yang dimainkan pihak tertentu menyerang Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti Islam itu. |
Bangkit anak muda, selamatkan negara | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa seluruh anak muda mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai momentum untuk berubah ke arah masa depan negara lebih baik. |
PAS ditubuh bawa aspirasi hijrah Nabi | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar mengingati penghijrahan Nabi s.a.w. tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. “Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Jelasnya, Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Justeru, jelasnya PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. “PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. “Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat,” ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433H. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah 1433 kepada seluruh umat Islam khususnya para pendukung agama Allah SWT. Sambutan ini menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam yang dilihat semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam sendiri dek kerana terlalu mengagungkan kalendar barat berbanding kalendar sendiri. Kalendar Islam diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Khalifah yang kedua dengan menjadikan tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tahun pertama dalam Islam. Jelasnya, sambutan tahun baru ini adalah juga secara langsung menyambut ulang tahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar kita mengingati penghijrahan Nabi tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah. Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Umat Islam hari ini hanya sekadar mengingati dan menyambut peristiwa Hijrah tetapi dalam masa yang sama negara yang mereka diami tidak mendaulatkan Islam yang menjadi sebab kepada Nabi berhijrah. Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada negara hanya tersimpan rapi dan menjadi dokumen sepi tanpa siapa yang mempeduli. Pemerintah yang mengaku dirinya Islam menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dengan menolak untuk menjadi hamba Allah yang menguatkuasakan undang-undangnya. PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat. Justeru, saya menyeru agar umat Islam tidak menjadi umpama seorang bapa yang menyambut kelahiran yang baru tetapi tidak mengetahui tanggungjawab dia yang sebenar terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya itu. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dengan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah. Kita bukan sahaja dikehendaki untuk menyambut awal hijrah ini sebagai memperingati peristiwa ini sebagaimana kita memperingati tahun kelahiran kita. Tetapi menyambut peristiwa hijrah ini memberi makna bahawa kita mesti berusaha sedaya mungkin, hatta walaupun tersingkir daripada negara sendiri untuk kita berusaha supaya mendapat mencari sebuah tempat ataupun tanah subur yang boleh menyebarkan Islam melaluinya dan satu kawasan yang boleh memancar di dalamnya cahaya Islam. |
Muhammad Farid |
Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini. Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda). Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili 43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia. |
Hijratur Rasul bukan perayaan suka-suka | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. “Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Jawabnya, jelas beliau ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. Menurutnya lagi, momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Jelas beliau, pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Beliau menambah, jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. “Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara,” ujarnya dalam perutusan sempena sambutan Hijratur Rasul 1433 Hijrah, hari ini. (Perutusan penuh Tuan Guru di dalam kolum beliau) |
Hijrah membentuk negara Islam | | Print | |
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nisa’ ayat 100 Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT. Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri. Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda. Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini. Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah. Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H |
Sabtu, 19 November 2011
Ulasan Isu
SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.
Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.
Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.
Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.
Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.
Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.
Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.
Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.
Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.
Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.
Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.
Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.
Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.
Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri. [wm.kl.7:00 pm 17/11/11]
Jimadie Shah Othman 7:22AM Nov 19, 2011 |
Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.
"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.
"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.
Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.
Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".
"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.
Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.
"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.
"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.
Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.
"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
Aidila Razak 10:28AM Nov 20, 2011 |
Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".
Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.
"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.
Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.
But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.
Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.
"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.
Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.
"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.
ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib | | Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA. Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa. "Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib? Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut. "Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin. "Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau. |
Selasa, 8 November 2011
S Pathmawathy 6:25PM Nov 8, 2011 |
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

7:12AM Nov 8, 2011 |
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.
Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.
“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.
“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.
Kelantan dapat royalti petroleum 6 tahun lagi? | | Print | |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 8 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 2011/2012 Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green V) di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood dekat sini pagi tadi. Turut hadir pada majlis yang turut diserikan Jamuan Hari Raya Haji itu Presiden Green V, Muhammad Adilan Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa baru sesi 2011/2012. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama. Pemilihan dan perisytiharan it selaras dengan peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. “Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. “Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam penuh harapan. Dalam perkembangan berkaitan, Husam berdoa semoga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan ibadah haji memperolehi haji mabrur. “PM kita pergi haji. Saya berdoa hajinya mabrur,” katanya. |
Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan? | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: PAS hari ini mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan kenapa dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat. |
Tiada ruang bersuara dalam Umno - Ku Li | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu. |

Ahad, 6 November 2011
Berkorban untuk tegak Islam | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Nov: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji. “Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah,” ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H. Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya. Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. “Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT,” ujarnya lagi. Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji. Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya. Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT. Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w. Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman. Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya. Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj. Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. |

SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini | | Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini. Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai. Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan. "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN. "Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang. "Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya. Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah. "Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya. Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai. "Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. |