MINDA TOK KADIM
LENGGONG: Baru-baru ni ada la sorang kenalan dari Umno membisikkan sesuatu, katanya; rakyat di kawasan Parlimen Lenggong semakin terdedah dengan isu-isu dibangkitkan pembangkang, khususnya PAS. Katanya, semakin ramai rakyat lebih suka bincang isu-isu semasa yang didedahkan oleh Haji Razman Zakaria. Lebih menarik lagi, mereka mulai bijak membezakan antara isu-isu yang didedahkan Haji Razman dengan kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri, termasuk melalui media-media arus perdana, sama ada media cetak atau media elektronik.
Lebih dari itu, kata kenalan dari Umno itu, sekarang ini lebih ramai orang-orang Umno di kampung-kampung mulai berani menjengah diri di tengah-tengah khalayak apabila ada ceramah besar PAS. PAS pula sejak tiga empat tahun kebelakangan ini lebih menonjol dengan saf kepimpinan baru, manakala ceramah-ceramah pula sering menampilkan tokoh-tokoh hebat, katanya. Tambahnya, hanya dua TOK GURU - Mursyidul Am dan Presiden - lagi yang belum berkesempatan, yang lain-lain boleh dikatakan semuanya sudah tampil di depan ribuan khalayak di kawasan Parlimen Lenggong.
Menurutnya isu-isu yang didedahkan pula sesuai mengikut suasana tempat ceramah. Di kawasan Felda, isu Felda. Di kawasan Felcra, isu Felcra. Begitu juga di kawasan-kawasan lain. Isu-isu utama pula kebanyakannya sesuai di semua tempat, seperti isu HUDUD, yang sekarang ini masyarakat Cina dan India pun berminat mendengarnya. Semuanya ini, katanya, membuktikan rakyat semakin berminat dengan PAS.
Dulu PAS Lenggong tidak lebat dengan siri ceramahnya dan ceramah pula sering diadakan di satu-satu tempat tertentu saja, tetapi sekarang ini, katanya, PAS berjaya masuk ke semua tempat - boleh dikatakan semua kampung telah mendapat sentuhan.
"Saya juga kini semakin berminat mendekati PAS," katanya, mengakhiri buala singkat. Kami berpisah dengan janji untuk bertemu semula.
Selasa, 29 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan