Ulasan Isu
SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.
Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.
Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.
Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.
Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.
Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.
Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.
Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.
Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.
Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.
Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.
Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.
Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.
Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri. [wm.kl.7:00 pm 17/11/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan