PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 4 Oktober 2011

Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

military malaysia navy french built submarine scorpene classNajib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN.

Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri.

NONEBagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham (kiri), peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram - yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan".

"Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris.

"Sebaik sahaja 'hakim arahan' dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan.

Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.

Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi.
Mengapa Tun M perlekeh Belanjawan Pakatan Rakyat?
Nik Nasri Nik Malek

Saya memetik berita reaksi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad terhadap pembentangan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum pembentangan bajet 2012 oleh PM Najib Razak Jumaat ini. Dr M dipetik sebagai berkata: “(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” “Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya),” katanya. “Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah” katanya.

Saya ingin bertanya: ‘Adakah Tun telah meneliti belanjawan tersebut?’

Apakah hanya kerana belanjawan itu dibentang dan dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, lalu ia diperlekeh dan dipandang rendah? Mengapa ia tidak diperhalusi terlebih dahulu? Adakah kerana ia dibentang oleh musuh politik yang juga mantan Timbalannya dahulu lalu ia ditolak mentah-mentah?

Tidakkah pembentangan ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga mampu menyediakan belanjawan sebagaimana BN juga? Justeru, kalau ada pandangan yang mengatakan bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran, tidakkah itu ayat yang mengandungi unsur syirik namanya?

Kalau benar pembentangan belanjawan oleh Pakatan Rakyat ini membawa manfaat buat rakyat, selain menjadi alternatif dan saingan sihat kepada bajet oleh BN nanti, mengapa Tun tidak melihatnya dari sudut positif yang memberi kebaikan kepada rakyat? Atau dendam kesumat dan benci kepada Pakatan Rakyat ini tidak dapat dibendung langsung, lantas menafikan kebaikan yang ada dalam belanjawan Pakatan Rakyat ini?

Secara serius, saya harap ada pakar-pakar ekonomi di Malaysia yang memberikan komen membina terhadap belanjawan Pakatan Rakyat dengan melihat secara jujur belanjawan ini, berdasarkan nilai taqwa dalam diri, dan mengutamakan maslahah dan kepentingan rakyat teramai dari hanya menjadikan kekayaan negara ini beredar di kalangan mereka yang berkepentingan sahaja, dan mereka yang berkepentingan itu ada di antaranya sudah bersara dan sedang berihat menikmati kekayaan negara yang sudah dibolot itu.

Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan & Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Terengganu.

Belanjawan 2012: Kesejahteraan Untuk Semua
Ucapan Ketua Pembangkang
MUQADDIMAH

1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.

2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.

BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT

4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?

6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.

7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.

9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.

BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.

13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.

14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.

15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri1 jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.

16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.

17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.

18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.

19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion2, apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?

20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak3.

21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.

22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.

23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 20114 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.

24. Unjuran angka inflasi5 membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%6.

25. Makanya, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:

a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.

b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.

f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT

26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan7.

27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.

28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.

29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.

30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.

32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.

33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.

34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan

j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA

35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.

36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.

37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.

39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.

40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.

41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).

43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;

b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;

c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;

d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;

e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;

f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;

g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan

h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.

BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI

44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.

45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.

46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.

47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.

48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:

a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan

d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA

49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.

50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.

51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.

52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan

c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT

53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.

54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.

55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.

56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan “salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.

57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.

58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.

59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:

a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH 2.0;

d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan

f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.

PENUTUP

60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.

61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.

62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.

63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.

64. Sekian, terima kasih.


Belanjawan Pakatan ke arah timbang tara berkesan | Print |
Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan langkah cemerlang ke arah sistem timbang tara yang matang dan berkesan.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, persoalan gaji minimum di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 bukannya RM1,500 akan dijelaskan malam ini.

Penjelasan itu akan dibuat pada Forum Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012, di Quality Hotel, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Rafizi Ramli.

Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Anwar Ibrahim semalam juga meletakkan persoalan gaji yang diterima oleh rakyat.

Persoalan gaji yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada dibangkitkan agar ia lebih bermaruah dan bertepatan dengan keperuan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa.

Anwar menjelaskan rakyat bukannya menuntut keistimewaan mahupun kemewahan tetapi ia adalah merupakan satu konsep hak asasi menusia yang diterima pakai di seluruh dunia.

"Setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

"Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.

"Memenuhi kehendak rakyat gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, PR akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada dan gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan," jelasnya.

Anwar memberitahu pengenalan gaji minima ini dapat dimanafaatkan oleh tiga ratus ribu orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100 sebulan.

Dalam pada itu tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing.

"Selain gaji minima, PR juga akan melaksanakan pembayaran elaun pendidikan sebanyak lima ratus ringgit sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.

"Sebanyak RM5.9 bilion diperuntukan bagi melaksanakan penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan gaji minima dan juga janji Buku Jingga," katanya lagi.

Jelas Anwar lagi, PR akan menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh serta kedudukan awam dalam proses kerajaan.

Peruntukan tambahan RM1.3 bilion diberikan untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

"Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.

"PR juga akan melaksanakan skim 'Bina dan Jual' secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai," jelas beliau lagi.

Tambahnya, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintahan yang sedia ada bajet PR juga akan menganugerahkan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon.

"PR akan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi," tambahnya.

Himpunan Kesyukuran Hudud esok | Print |
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 5 Okt: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan program Himpunan Kesyukuran pada Khamis, 6 Oktober (esok) sebagai menterjemahkan rasa syukur di atas penerimaan rakyat negeri itu terhadap perlaksanaan Kanun Syariah Jenayah ll (Hudud).

Pengerusi Jawatankuasa Induk program, Datuk Ahmad Yaacob (gambar), ketika ditemui memberitahu, program berkenaan juga dianjurkan untuk melahirkan rasa syukur memandangkan rakyat di negeri ini sudah memahami berhubung perkara itu.

Jelasnya, sempena program berkenaan, diadakan wacana berhubung hudud bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim yang bakal disertai oleh kakitangan awam di negeri itu.

“Tiga ahli penal kita undang khas untuk menjayakan hasrat ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Daud Muhammad, pensyarah, Aziz Bhari dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud,” ujarnya.

Pada masa yang sama, menurutnya jamuan rakyat khusus untuk seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa agama serta fahaman politik juga diadakan pada hari yang sama bermula pukul 5.00 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberitahu, pada sebelah malam pula diadakan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Anggota Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat.

“Tiga penceramah yang tidak asing lagi diundang khas, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada majlis berkenaan.

Isnin, 3 Oktober 2011

Ayuh bersama Md Sabu 6 Oktober di Rembau

parti keadilan rakyat rembau memandang serius politik ganas yang dimainkan oleh Umno. Dalam isu serangan dan fitnah terhadap Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, sudahlah beliau diserang menggunakan media arus perdana dan penyelewengan laporan oleh Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau melakukan saman ke atas Utusan Malaysia, tidak cukup dengan itu Umno menyerang beliau secara fizikal juga.

Bermula dengan ugutan untuk yang dihantar kepada anak beliau, membawa kepada kejadian membaling bom botol ke rumahnya hinggalah seraangan ala gangster oleh Umno ke lokasi ceramah beliau di Seremban baru ini menyebabkan sekurang - kurangnya dua orang cedera dibaling batu oleh penyerang yang datang dengan lebih 100 orang.

Ini sememang taktik jahat mereka. Untuk rekod, sebelum ini rumah che'GuBard juga sebelum ini pernah dibaling dengan bom petrol selepas beliau melancarkan buku Disebalik Mesteri Pembunuhan Altantuya di Indonesia dalam satu majlis diskusi di universiti tempatan disana. Dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Di atas ialah antara gambar yang dirakam di malam serangan gangster lebih 100 orang yang mengganas di malam ceramah Hj Mohammad Sabu di Seremban baru - baru ini. Dengan jelas dari gambar tersebut wajah-wajah Pemuda Umno dikenal pasti.

Antara yang dikenal pasti ialah Along MT yang dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini

dan seorang lagi ialah Arafat yang juga dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini. Mereka ini dikenal pasti pimpinan pemuda Umno kerana pernah muncul membuat laporan polis atas nama pemuda Umno.

Mujur malam tersebut para hadirin yang diserang dapat dikawal dari bertindak balas. Lihat klip youtube di malam kejadian klik sini.

Apa pun bagus tindakan pemuda Umno ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka. Sikap politik Samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Rembau memandang serius permbangan politik ganas yang amat membayahakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional.

Dalam perkembangan lanjutan , Parti Keadilan rakyat Rembau berkerjasama dengan PAS Rembau akan mengadakan Ceramah Perdana Isu Semasa yang akan menampilkan Hj Mohammad Sabu, YB Taufek, che'GuBard, Dr. Rosli Yaakop dan Ust Norazman. Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang dimana media perdana sedang mengelirukan rakyat.

Seluruh rakyat dijemput untuk hadir bersama dalam Majlis yang akan diadakan pada 6 Oktober 2011, jam 9.00 malam di Kg. Bintongan Rembau. (Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474)


Kami percaya dan yakin dengan persiapan keselamatan dan sokongan kecekapan PDRM khususnya IPD Rembau sebarang kejadian tidak diingini akan dielakkan. Kami masih percaya Umno Rembau dibawah pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan masih berfikiran waras tidak seperti Umno Seremban yang bertindak diluar ketamadunan norma politik nilai.


Baik Umno atau mana - mana organisasi mewakili Umno seperti Perkasa dijemput untuk hadir dan duduk dengan baik dalam majlis ini. Jika ada perlu sebarang dialog atau pertanyaan untuk penjelasan ia boleh dilakukan dengan lebih bijaksana.



Kenyataan Media ;
Norazizi A.Aziz
Setiausaha
PKR Rembau
1 Oktober 2011
email: az_zieziepkr@yahoo.com

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang

Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)

Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.


che'GuBard pertahan cincin kait dengan Rosmah Mansor


PEKAN, 22 Sept - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharinmenegaskan beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup unutk mengesahkan penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes cincin RM24 juta. "Saya punyai bukti biarpun pihak-pihak berkenaan cuba memadamkannya", kata beliau yang juga popular dengan nama Chegubard. Beliau berkata demikian dalam ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Markaz PAS, Felda Chini 3 di sini malam tadi. Menurut Chebgubard lagi, beliau hairan dengan sikap UMNO dan media arus perdana yang cuba memesongkan minda dan menipu rakyat. "Mereka keluarkan cerita kononnya mencabar saya supaya membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Padahal saya sudah pun pergi ke pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum itu lagi. Bukankah ini menunjukkan kebodohan mereka", kata Chegubard. Beliau turut menafikan yang dia membawa cerita fitnah dalam hal itu. Cuma katanya media cuba memutar belit kononnya dia sengaja mahu memalukan isteri Perdana Menteri. "Saya dedahkan kerana kebenaran, jika tidak kenapa pihak berkenaan bergegas ke KLIA dan menyoal siasat pegawai yang bertanggungjawab tehadap kemasukan cincin tersebut. Jika ia fitnah sudah pasti mereka tidak tergesa-gesa dan kelam-kabut menutup bukti-bukti berkenaan. Mujurlah saya sempat meramkan gambar pada skrin komputer pihak kastam di KLIA sebelum rekod itu dipadamkan oleh pihak berkenaan. Mereka ubah cerita kononnya cincin dibawa ke sini untuk pameran dan kemudian dibawa ke Singapura. Mereka cuba memesongkan fakta selepas gusar dengan pendedahan yang saya telah pun saya lakukan", kata Chegubard.
http://pahangdaily.blogspot.com/2011/09/chegubard-tetap-pertahankan-dakwaan.html
sumber :

Ketua Polis Negara harus perjelas program Umno dalam Markas FRU dan logo Umno memenuhi persekitaran markas.

backdrop jelas tertera program Umno dan sekeliling Markas FRU penuh bendera Umno
Ucapan Dato Ishak sungguh bersifat politik kepartian

Pada 26 September 2011, bertempat di Markas Polis Simpanan Persekutuan- FRU (Unit 7 PSP NS) telah diadakan satu program bersama di dengan parti politik UMNO. Pada hari tersebut bendera Umno memenuhi ruang sekitar Markas FRU dan jelas tertera logo dan nama Umno dalam pemidang dibelakang pentas. Malah ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban penuh bersifat politik kepartian.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini. Dato' Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana - mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban.

Lebih serius program ini berlaku selepas polis dilihat melindungi dan gagal bertindak dengan kejadian Pemuda Umno Seremban yang menyerang sehingga mencederakan orang awam ketika Majlis Hari raya anjuran PAS yang dihadiri oleh Hj. Mohamad Sabu baru - baru ini.

Muhammad Saufi Miad
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Sembilan
27 September 2011

Rosmah, melumur garam di atas luka


Rosmah, melumur garam di atas lukaWanita Pertama Negara Rosmah Mansor kembali lagi. Kali ini, imej mewah yang ditonjolkan membuat rakyat golongan bawah merasa terhina. Bak kata pepatah, orang berkeringat, dia berhibur. Orang membanting, dia bersantai. Bila membayar, orang lain yang kena!
“Ia bagaikan melumur garam di atas luka,” kata Solidariti Anak Muda Malaysia – SAMM pada Rapat (Pengurusan) Kebangsaan mereka baru-baru ini yang mana kehadiran ramai penggiat NGO Anak Muda itu dari seluruh negara.

Sesungguhnya, isteri Perdana Menteri Najib Razak, 60, perlu meyakinkan rakyat segenap lapisan takala dilihat bermewah-mewahan tanpa rasa bersalah. Samada suaminya masih memegang tampuk kuasa negara atau tidak selepas PRU-13, pentadbirannya akan dikenang sebagai yang paling banyak berbelanja, pembaziran yang mengundang masalah kepada diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa pun yang menginginkan Rosmah gering, tetapi tidak Nampak yang beliau merubah sikap rakusnya dalam berbelanja. Bagi saya, beliau tidak mungkin akan dikenang kerana sewaktu menjadi isteri PM, beliau sebenarnya boleh melakukan banyak perkara-perkara yang baik,” ujar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle.

“Sekarang ini, bila kita bercakap pasal Rosmah, orang akan tergelak dan menjawab, ‘Oh, cincin bertatah berlian RM24 million atau tas tangan bernilai RM1 juta. Bagi saya itu bukanlah satu legasi yang boleh dikenang dan dihormati kerana sekarang ini pun kita masih menunggu jawapan dari pejabat PM soal kos perjalanan mereka ke KAzahkstan, Timur Tengah dan Eropah.”

Pemimpin PKR itu merujuk kepada cincin bertatah berlian bernilai RM24 juta yang ditempah daripada New York JEweller Jacob & Co. Rosmah juga menjadi terkenal kerana koleksi tas tangan pelbagai warna yang harga terkumpul mencecah lebih dari RM 1 juta.

Najib terpalit sama
Turut tertekan ialah Najib sendiri yang juga berbelanja sakan seperti isterinya.

Setakat apa yang rakyat ketahui, beliau terlalu percaya kepada para penasihatnya. Beberapa minggu yang lalu, sekumpulan pakar strategi politik yang pernah bekerja untuk pentadbiran Tony Blair “New Labour” memulakan kerja membaikpulih imej 1Malaysia Najib. Tetapi, kepincangan 1Malaysia bukanlah kerana salah promosi dan publisiti, tetapi kerana tidak ada pengemaskinian selepas ianya dilancarkan.
Selain mendapatkan khdimat Mr. Alastair yang mengepalai projek ini, Najib juga mendapatkan nasihat pakar dari Paul Stadlen, mantan pengarah APCO Malaysia, yang mana kontraknya diperbaharui walaupun mendapat tentangan dari majikan yang berpangkalan di New York yang mana mereka ini adalah bekas pegawai tertinggi perisikan Israel.

Namun, dibelakang kelompok penashit dari UK dan US/Israel ini ialah Omar Mustapha, Pengarah firma minyak negara Petronas. Dicemuh oleh Mahathir, kemasukan Omar ke dalam Petronas memberikan tamparan hebat kepada Najib yang mana rata-rata pegawai senior firma itu menolak keras perlantikan Omar ke dalam Petronas.

Namun, Najib tidak mengendahkannya dan Omar, berusia sekitar 30-an, lulusan Oxford University, yang juga selain mengelola firma perundingan kewangan Ethos telah membantu mempromosikan imej Najib sejak 2009, bilamana Najib mengambilalih kerajaan dari Abdullah Badawi.

Strategi Najib sangat licik. Dengan menggunakan akhbar Utusan Melayu yang mengeluarkan pelbagai kenyataan berbau perkauman yang pertama kali berlaku dalam sejarah 5 dekad negara ini.

Menurut pemerhati politik, ini adalah cara untuk memastikan kuasa orang Melayu terus terjaga dan orang bukan-Melayu melihat Najib sebagai seorang yang jujur. Samada strategi ini datang dari Najib sendiri, Omar atau APCO dan sekarang ini dari penashit British, ia sangat sukar diketahui. Kesemua mereka ini akhirnya nanti akan kecundang juga.

Majlis Tertinggi: Perjelas Hudud!

Walaupun sudah banyak menggunakan dana rakyat yang nilainya ratusan juta, popularity Najib menurun 6 peratus bulan Ogos lalu. Angka ini jatuh teruk sejak bulan Mei iaitu 65 peratus.

Walaubagaimanapun, Najib dan para penashitnya tidak sesekali tunduk mengalah, sebaliknya terus melancarkan pelbagai isu-isu yang boleh dibangkitkan untuk mengalihkan pandangan umum. Mungkin juga, isu hukum hudud yang mengguris hati orang Melayu/Islam akan mengakhiri zaman pemerintahan Najib.

Orang dalaman UMNO ada berbunyi menyatakan Najib akan diminta menjelaskan oleh Majlis Tertinggi tentang kenyataannya yang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Kepincangan Najib berpolitik akan dibandingkan dengan kenyataan Timbalannya Muhyiddin Yassin yang berkata, masa untuk pelaksanaan hudud belum lagi sesuai.

“Pemimpin UMNO di Kelantan amat marah dengan Najib yang berkata ‘Tidak’ kepada hudud. Kerana kenyataan itu, UMNO boleh tutup kedai di negeri itu,’ ujar pakar undang-undang UIA, Prof Aziz Bari.

Kegagalan yang ditanggung semua rakyat

Kadangkala, kita perlu menggunakan firasat, berbanding mengharapkan sesuatu terjadi secara politikal, tidak kira berapa bayarannya. Tanpa ragu-ragu, Najib tidak langsung mengendahkan ini semua. Baginya, rakyat yang harus menyelamatkan diri mereka sendiri takala berada didalam situasi harga barang dan inflasi meningkat mendadak.

Begitu juga barang yang mahal tidak semestinya baik. Seperti cerita tas tangan Rosmah dan cincin bertatah berliannya – kemewahan akhirnya mengundang bencana pada diri sendiri.

- petikan dari Malaysia Chronicle

Sah Umno dalang disebalik serangan gangster ke atas program libat Hj Md Sabu