Selepas Naib Ketua Pemuda Umno-APCO Kampar, Samhuri Md Zain membuat
keputusan U-Turn hanya dalam tempoh 52 jam mengamuk di perkarangan
Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, kejutan kembali semula
mewarnai arena politik tempatan. Kesediaan Bekas Pendakwaraya Kanan II
Persekutuan, Yusof Zainal Abiden menyertai pasukan peguambela Anwar
jelas membuktikan bahawa ada kepincangan serius dalam sistem kehakiman
negara yang sekian lama dicabuli rejim pemerintah sejak zaman Mahathir
menjadi perdana menteri. Tetapi siapa yang menyangka Yusof pun boleh
membuat U-Turn meninggalkan Najib Altantuya dan Gani Patail
terkapai-kapai setelah bersara wajib 1 Februari lalu malahan telah
meletakkan jawatannya beberapa hari sebelum keputusan dibacakan hakim
Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan