Calon Ikhwan tunggu lawan pusingan ke-2 pilihan raya
5 Rejab 1433H. [MOD] -
KAHERAH:
Calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, layak ke pusingan kedua
pilihan raya presiden Mesir, menurut keputusan awal pilihan raya pertama
Mesir, semalam.
Beliau
kini menunggu pencabarnya bagi pengundian pusingan ke-2 antara bekas
Perdana Menteri ketika pemerintahan Hosni Mubarak, Ahmed Shafiq atau
Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri.
Menjelang
tengah hari semalam, proses pengiraan undi selesai di 20 daripada 27
wilayah negara itu walaupun pekerja masih mengumpul kertas undian
daripada bandar raya terbesar Mesir, Kaherah dan Giza serta Iskandariah.
Morsi
mendahului dengan 28 peratus undian setakat ini, menurut akhbar
Al-Masry Al-Youm, yang mengumpulkan laporan daripada alat pengiraan. Ia
berkemungkinan melayakkan beliau memasuki pusingan kedua.
Namun,
persaingan untuk tempat kedua masih sengit. Shafiq memperoleh 21
peratus undian setakat ini, manakala calon Sabahi, mendapat 20 peratus.
Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan berkata Shafiq akan menentang
Morsi dalam pusingan kedua.
Sabahi,
yang menyifatkan dirinya sempena nasionalis, ideologi sosiologi bekas
Presiden Gamal Abdel-Nasser, muncul sebagai calon kejutan dalam
pengundian selama dua hari itu.
Dalam
pelbagai kiraan bebas yang dibuat, calon sederhana, Abdel-Moneim
Abolfotoh yang dilihat sebagai seorang lagi calon alternatif, di tempat
keempat dan bekas Menteri Luar, Amr Moussa, di tangga kelima.
Akhbar
melaporkan, 50 peratus penduduk keluar mengundi di kalangan 50 juta
pengundi yang layak berbuat demikian walaupun suruhan jaya pilihan raya
belum menyiarkan angka rasmi.
Pusingan
kedua akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini, menyaksikan persaingan
dua calon teratas daripada pusingan pertama pilihan raya yang diadakan
kelmarin dan Rabu lalu. Pemenang akan diumumkan pada 21 Jun. – AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan