Mari Kenali Pemimpin Halau 1.0, Rupa-Rupanya Pencacai Umno Jugak..
Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S
Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang
kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang
ribut. Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke
rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan
pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora
Danish. "Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di
depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum
menyerahkan memorandum.
Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.
Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut |
Program yang dibuat pada tahun 2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.
Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.
Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.
Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.
Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan