PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 15 Mei 2012

MUNAJAT PERDANA BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN

LENGGONG - Akhirnya Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menetapkan tarikhnya pada 19 Mei ini untuk bersama rakyat dalam kawasan Parlimen Lenggong khususnya dan rakyat Perak amnya untuk bermunajat kepada Allah SWT.
Setiausaha PAS kawasan, berkata Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang itu akan mengepalai Munajat Perdana di Dataran Rumah Kak Yam dekat bandar Lenggong yang dijangka ribuan manusia akan mengaminkan doanya nanti untuk kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal tiba tidak lama lagi.
 Katanya munajat perdana itu bermula dengan Solat Isyak berjamaah, Solat Hajat dan munajat kepada Allah SWT di atas padang Dataran Rumah kak Yam dan seterusnya Ceramah Perdana mulai jam 9.30 malam di tempat sama.
"Solat Hajat akan diadakan sebaik selesai Solat Isyak, sehubungan itu orang ramai yang ikhlas hendak bersama bermunajat memohon kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 disaran supaya datang seawal-awalnya.
"Semua yang datang diminta membawa sejadah masing-masing dan digalakkan supaya datang dalam keadaan siap sedia berwudhuk supaya keadaan tidak menjadi kelam kabut," katanya kepada TOKKADIM.
Setiausaha PAS kawasan berkata, bagi meramaikan program bersama Tuan Guru Presiden diharap semua ahli yang sudah menerima maklumat dapat menghebahkan serta mangajak rakan-rakan lain supaya hadir sama.   

1 ulasan:

  1. skandal dengan bekas guru besar sk lg,dapat hadiah 15 ribu 5118 naik no 3,ah.....macam2 lagilah.....malas nak cakap.....itulah kak yam....

    BalasPadam