"AJK Umno Jasin Terlibat Serangan" - Ketua AMK
JASIN - Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga 
kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi
 disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini.Bas itu disimbah cat 
merah ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung 
kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari 
secara terang-terangan.
Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang 
laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata 
penghinaan kepada pemimpin KEADILAN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno.
“Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada 
bersama mereka,” katanya.Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah 
sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar
 Khadijah, Kelantan.
Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.
Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan.
Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN 
Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah 
Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan