Dr. Asri Sindir Dr. Hassan Ali Di TV Al-Hijrah
Sebentar tadi, iaitu pada jam 10 malam..  Addin berkesempatan 
menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri 
Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara 
Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.
Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang 
perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam 
adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.
Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa. 
Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan 
bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif 
bangsa Melayu itu sendiri.
Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan 
bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. Apapun pertembungan 
Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan