MENCORAK RIWAYAT HIDUP
PENDAHULUAN
SAMA ada yang tertulis - yang ditulis dalam bentuk buku - atau yang tidak ditulis oleh seseorang, setiap insan tetap ada riwayat hidupnya. Riwayat hidup seseorang adalah perjalanan hidupnya selama mana dia berada di atas muka bumi ini.
Sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Penciptanya, dia wajib percaya bahawa riwayat hidupnya - yang ditulis oleh Penulis Amal Kebajikan dan Penulis Amal Kejahatan - bermula apabila umur balighnya. Umur baligh seseorang, menunjukkan isyarat bahawa dia telah ditaklifkan untuk menerima amanah Penciptanya dengan penuh tanggungjawab sepertimana dia pernah melafazkan janji di hadapan Penciptanya ketika dia belum dilahirkan ke dunia ini.
Dunia ini dijadikan pentas untuk seseorang MENCORAK RIWAYAT HIDUP masing-masing. Riwayat hidup itulah nanti akan dipersembahkan di hadapan Penciptanya di Padang Mahsyar kelak.Justru riwayat hidup yang bagaimanakah yang hendak dipersembahkan di hadapan Penciptanya kelak?
Sebagai seorang Muslim yang beriman, yang percaya kepada Hari Akhirat; yakin kepada adanya Syurga dan Neraka; sudah pasti dia mahu riwayat hidup yang hendak dipersembahkan di hadapan Allah kelak adalah riwayat hidup yang diredai Allah'
PENERANGAN UJIAN UKKM MRSM, PKSK SBPi TMUA, UKK JAIS, TKM MITS, SMISTA &
SMAN, KAA
-
Assalamualaikum, Salam perkenalan. Terima kasih singgah di blog ini. Semoga
bermanfaat. Anak sulung saya batch kelahiran 2012, jadi pada 2025 Ahmed
masuk t...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan