PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 7 September 2012

Akhirnya.. Adun Umno Mengakui Anak Muda Sokong Pakatan Rakyat

KANGAR - Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti pemerintah kini semakin menurun.

Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang muda.
"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak menyokong kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.

Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringkat bawahan.

"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan sahaja yang ambil tahu.

"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya. ~paspb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan