Patutlah Gejala Samseng Politik Menjadi-Jadi
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution akan 
menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk
 bertemu bagi membincangkan aspek keselamatan program KEADILAN.Beliau 
berharap pertemuan itu dapat memastikan polis memberi perhatian terhadap
 amalan yang mengancam demokrasi negara ini, seterusnya menghenti 
serangan samseng.Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Nik
 Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media petang tadi.
Menurutnya, KEADILAN kesal kerana Datuk Seri Najib Razak terus membisu, 
seolah-olah memberi lampu hijau untuk gejala samseng terus 
berleluasa.“Sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini 
polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini,” kata
 Adun Seri Setia itu.
Nik Nazmi merujuk kes serangan terhadap bas Merdeka Rakyat yang disertai
 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain, di Kelantan minggu dan 
Melaka, semalam.Sebelum itu, katanya taktik samseng digunakan terhadap 
pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat hingga sebahagiannya melibatkan 
kecederaan.
Ini termasuk serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga
 emas di Lembah Pantai akibat terkena lontaran batu terhadap Naib 
Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan banyak lagi. ~kd


Tiada ulasan:
Catat Ulasan