PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 10 September 2012

Gula-Gula PRU13 : Kakitangan Awam Bakal Terima Bonus 2 Bulan Gaji?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan memberi bonus 2012 kerajaan yang terbaik kepada anggota penjawat awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September 2012 ini. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata sebelum ini Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus 2012 kerajaan bagi pembentangan Bajet 2013 sebanyak dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.



Bonus 2012 Kerajaan : Lebih Baik Zaman Mahathir?

“Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat bonus dua bulan gaji. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada penjawat awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus 2012 kerajaan yang lebih baik daripada yang sebelumnya apatah lagi memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi & kecekapan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab masing – masing.

Sumber ~ Cuepacs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan