Dr. Asri Hentam Umno Lagi.. Kali Nih Lebih Parah
Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik 
sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS 
pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan 
Islam.Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh
 mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak 
lagi bercakap mengenai perkara itu lagi."Ini masalah kepada (pemimpin) 
Umno. 
Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil
 tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh 
campur dengan orang kafir."Saya dengar perkara ini masa saya sekolah 
rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak 
boleh undi non-Muslim.
"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi 
boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin 
berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.Bercakap 
dalam forum fikah politik Islam di Shah Alam, Dr Asri juga beliau 
menggesa tindakan tersebut dihentikan dan memilih calon yang "kurang 
membawa mudarat dan memberi lebih manfaat".
Demo: Tembak gas buat apa?
Katanya, calon yang dipilih mewakili rakyat mestilah berfungsi boleh 
menyampaikan hasrat pengundi di kawasan yang diwakilinya.Mengulas 
mengenai isu semasa seperti demontrasi terhadap dasar kerajaan, Dr Asri 
berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu."Dalam 
kerajaan dalam bentuk demokrasi, boleh berhimpun tetapi mereka tidak 
boleh mengganas atau merosakkan harta benda.
"Tujuan berhimpun sekadar untuk mengubah apa yang mereka rasa sukar. Sebab itu, saya cadang kepada pihak kerajaan lain. Biar mereka berhimpun, kerajaan tolong beri air, roti. Jadi semua orang gembira."Terima kasih banyak daripada perdana menteri di atas perhimpunan ini, kes ini akan di bawa ke tengah. Cukuplah. Apa masalahnya. Yang pergi tembak (gas) buat apa. Ia mengundang masalah baru, melainkan dia mengganas," katanya.
Mengulas mengenai hukum memilih perdana menteri wanita, Dr Asri berkata tidak menyokong pandangan yang "mutlakkan" pengharaman wanita menjawat jawatan tersebut.Beliau mengulas perkara tersebut selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Mentaati Pemerintah: Di antara Literal dan Maqasid" di Konvensyen Fikah Politik Islam Semasa di Shah Alam. ~mkini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan