Anwar dan rakan kembali ke Dewan Rakyat
author_photo("S Pathmawathy")
S PathmawathyJun 16, 1111:22am
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen yang lain kembali ke Dewan Rakyat hari ini selepas menjalani hukuman digantung enam bulan.Anwar (PKR-Permatang Pauh) bersama Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) diberi sambutan meriah oleh rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat.Mereka dihadiahkan empat jambangan bunga oleh penyokong Pakatan. Sivarasa dilihat memegang sebuah pembesar suara bagi melambangkan kebebasan bersuara yang cuba disekat berikutan penggantungan mereka itu.Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan.Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertyhankan dirinya pada sidang tahun lalu.
Kesusahan Menghafal Al-Quran bagi Anak Usia 11 Tahun
-
Melihat angah struggle menghafal Quran membuatkan air mata saya kerap
tumpah. Tapi angah sangat bersemangat. Moga Allah mudahkan angah, umi
sentiasa di sis...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan