PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 15 Jun 2011

Iklan Top inside
Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Penyiaran kartun menghina Islam semalam menunjukkan wajah sebenar Utusan Malaysia yang dipelopori oleh Umno yang sebenarnya bersikap memusuhi umat Islam dan menyelinap di sebalik topeng Melayu Islam.
“Ia juga menunjukkan Umno sebenarnya tunduk dengan kemahuan MCA yang jelas menolak hukum-hukum Islam,” katanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Katanya, cetakan Utusan Malaysia semalam bukan sekadar memberi persepsi buruk bagi pembaca malah menghina hukum Islam yang jelas telah termaktub di dalam Al-Quran.
Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk “KEKELIRUAN KES ROGOL”, Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia dan sekaligus menggantung akhbar yang kononnya mewakili suara orang Melayu itu,” ujarnya.
Katanya, karikatur itu dilihat berniat memburukkan Islam apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan.Tambahnya, ia juga menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekaligus menghina seluruh umat Islam.Selain itu, ujarnya ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu.
Justeru, pihaknya menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama kerana silap langkah ia boleh menjatuhkan aqidah.
Beliau menambah, sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini.“Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas sekiranya Utusan Malaysia tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya kerana telah mencalar kemuliaan agama Islam,” tegasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan