PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 23 Jun 2011

Larang pakai, jual baju Bersih jadi lawak jenaka- Mahfuz

Posted on the June 23rd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru kerajaan Malaysia.

Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.

“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.

“Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.

Dosa besar salahguna wang zakat- Bekas mufti Wilayah

Posted on the June 23rd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar kepada mereka yang menyalahgunakan wang zakat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi pembiayaan kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.

Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk diberikan selain golongan asnaf.

“Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.

Peneroka perlu bangkit, sedar penipuan BN – Suhaimi Said

Posted on the June 23rd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka Felda perlu bangkit dan sedar tentang penipuan yang dilakukan kerajaan BN.

Ini kerana agensi kerajaan seperti Felda yang sepatutnya membela dan menjaga kepentingan peneroka, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka selama ini.

Menurut Suhaimi, ketika rizab tunai Felda susut hampir RM3 bilion dalam tempoh lima tahun, agensi itu pula membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Peneroka berhak untuk tahu apakah tujuan pinjaman tersebut itu dilakukan. Adakah pinjaman ini akan digunakan untuk menutup kerugian pelaburan mereka (Felda) di luar negara?” ujarnya.

“Felda dikatakan mempunyai kewangan yang besar, aset juga banyak. Jadi apa keperluan untuk meminjam KWSP?” katanya ketika dihubungi keadilandaily.

AMK lapor polis terhadap Ibrahim Ali, dakwa menghasut

Posted on the June 22nd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dan bersifat perkauman.

Laporan polis tersebut dibuat Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasep dengan diiringi Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa anggotanya.

“AMK menuntut polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ibrahim Ali demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata Rozan ketika membacakan laporan itu

Sementara itu, Khairul pula berkata, perbuatan Ibrahim wajar disiasat mengikut seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Ibrahim Ali sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa apa sahaja boleh berlaku sekiranya perhimpuan Bersih pada 9 Julai depan diteruskan.

Jamil Khir, Pengarah Jawi guna RM32 ribu wang zakat biaya kos guaman

Posted on the June 22nd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

Rayuan Anwar gugur hakim 6 Julai

Posted on the June 22nd, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Rayuan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan didengar di Mahkamah Rayuan 6 Julai ini.

Peguamnya, Sankara Nair, menerima pemberitahuan mengenai perkara itu semalam dari pendaftar Mahkamah Rayuan.

Ia adalah kali ketiga peguam Anwar memohon supaya hakim Zabidin disingkirkan dari mendengar kes tersebut kerana bersikap berat sebelah.

Source: KeadilanDaily

Suara Keadilan terbaru papar amanat Anwar, lagi 5 peratus ke Putrajaya

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.

Dengan muka depan bertajuk ‘Lagi 5 peratus ke Putrajaya’ ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .

Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR.

KEADILAN beri ruang ahli suara pandangan, namun serius hal disiplin

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: KEADILAN sentiasa memberi ruang kepada ahlinya untuk menyuarakan pandangan mengikut saluran yang disediakan, namun bertegas terhadap sebarang pelanggaran disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Dispilin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong berkata, KEADILAN mengambil langkah serius termasuk memberi amaran, menggantung dan memecat keahlian anggotanya yang melanggar perlembagaan parti.

Beliau menjelaskan demikian ketika mengumumkan senarai ahli KEADILAN yang dikenakan tindakan disiplin bagi tempoh Januari hingga Jun 2011.

“Pembersihan’ ini dilakukan atas arahan Biro Politik KEADILAN dan mengikut perlembagaan parti. Ini sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tarik talik RUU Perbadanan Pembangunan Kg Baru- Salahuddin

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar didesak menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB 2010) yang akan dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, penduduk mengemukakan bantahan berhubung RUU berkenaan yang jelas memanipulasi, menindas dan akhirnya bertujuan merampas hak mereka.

Salahuddin bersama wakil pemilik dan pewaris tanah kampung berkenaan yang hadir di parlimen hari ini, menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan penubuhan PPKB, sekaligus RUU PPKB 2010.

Menurutnya, terdapat beberapa butiran yang kabur dan wujud muslihat berhubung pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang berkenaan.

Antaranya, pembatalan untuk memansuhkan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang menimbulkan persoalan mengenai fungsi dan peranannya.

Bersih: Sudah terlambat untuk SPR berbincang – Ambiga

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

Kuala Lumpur : Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sudah terlambat bagi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilakukan.

Semalam, SPR melalui kenyataan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan kesedian untuk bertemu Bersih 2.0, dengan syarat gabungan itu membatalkan perhimpunan 9 Julai ini.

Menurut Ambiga, ia sudah terlambat bagi SPR ekoran penyalahgunaan sistem pilihan raya yang jelas dan kengganan kerajaan memperbaiki sistem sedia ada sebelum ini, lapor portal Malaysian Insider.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu. Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.

Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu dilihat ‘tidak ke mana-mana’.

Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai

Posted on the June 21st, 2011 under Politik by Kak Ros Mah

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.

Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran ‘komisen’ hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan