Assalamu'alaikum...
Para pengunjung setia. Semalam (19 Jun - mulai jam 3 petang) semasa Mesyuarat Pertama BPPNP Sesi 2011-2013, menyaksikan perubahan besar-besaran dalam saf kepimpinan PAS Perak.
Pesuruh Jaya (PJ) sememangnya lantikan PAS Pusat. Saf kepimpinan diterajui Ustaz Abu Bakar Husin itu ditunjangi pemimpin-pemimpin untuk menggempur UBN (Umngok-Bee End) menghadapi PRU13 yang tidak lama lagi.
Yang mengkagumkan apabila Tuan Haji Razman Haji Zakaria yang ketika menerajui PAS Lenggong sebagai YDP untuk penggal ke-2, telah dipilih dengan sokongan majoriti sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 3 negeri.
Memang saf kepimpinan yang mampu menggugat UBN. Pesuruh Jaya Ustaz Abu Bakar Husin. Timbalan Pesuruh Jaya 1, YB Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruh Jaya 2, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Haji Razman Timbalan PJ 3.
Dr Haji Muhaimin Sulam yang pernah memegang jawatan Setiausaha BPPNP tidak lama dulu, sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu semula menggantikan Ustaz Misbah.
Banyak lagi perubahan bagi jawatan-jawatan seterusnya.
Ulasan seterusnya bsabo dulu.
Isnin, 20 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan