Assalamu'alaikum semua pengunjung...
Nak guna ganti nama diri 'AKU' la pulak. Harap-harap tak jadi masalah. Bukan apa. Berasa terpanggil (teruja) nak komen sedikit kenyataan Bapak Kemodenan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan PM kita la...
Woi Pak Tun Dr!... Aku respek la pendapat Pak Tun... PAS dah taknak tegakkan NEGARA ISLAM, taknak laksanakan HUDUD, ni la masa kita nak ambik peluang pun...
Aku ingat Pak Tun kena bagi la nasihat kat Tok Najib yang sah tentu rela ikut telunjuk Pak Tun... Aku macam oghang-oghang Umno lain jugak nak supaya tertegak Syariat Islam di negara kita yang tercinta ini. Ni la masanya Pak Tun Dr ooi...
Dah PAS taknak laksanakan Islam, sekarang peluang cerah untuk kita. Nah!!!... Mintak Tok Najib laksanakan Syariat Islam di negara Malaysia ini - laksanakan Hukum HUDUD.
Yang mencuri, merompak, menyamun, meragut, POTONG TANGAN jika sabit kesalahan. Yang berzina REJAM SAMPAI MATI jika sudah berkahwin, ROTAN 100 KALI jika belum berkahwin, jika sabit kesalahan. Yang tuduh orang berzina tanpa mengemukakan bukti 4 saksi yang adil, SEBAT 80 ROTAN. Yang membunuh HUKUM PANCUNG, jika sabit kesalahan.
Begitu juga yang RASUAH, yang MEROMPAK HARTA NEGARA, yang MENJUAL NEGARA (seperti serah Blok L, Blok M dll), yang MERAMPAS TANAH RAKYAT, MEROBOHKAN MASJID, SURAU dan sebagainya... Semuanya kena dihukum mengikut HUKUMAN YANG SELARAS KEHENDAK SYARIAT ISLAM.
Hehe... Yang kata " ... kalau dilaksanakan undang-undang potong tangan bagi pencuri, jenuh MAKAN SUP TANGAN la ...' Tu pun kena duhukum mengikut UNDANG-UNDANG ISLAM selepas orang tu enggan bertaubat, malah yang kata ISLAM tak sesuai dilaksanakan di zaman moden ni pun kena menerima hukuman Islam...
Bagus la Pak Tun Dr... Cakap kat Tok Jib tu, kata Umno kena ambil peluang keemasan ni sebagai bukti yang UMNO BUKAN BONEKA MCA, MIC dan GERAKAN.
Dah... Balik dulu... Jumpa lagi esok.
Sabtu, 11 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan