| Wan Nordin Wan Yaacob |
| Wawancara Eksklusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013. Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis.Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih. Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (menggangkat aktivis). Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenang? |
Sabtu, 4 Jun 2011
Mohd Sabu: Jangan guna nama ulama jika bukan ulama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PAS melakar sejarahnya tersediri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara?
Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu Bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Datuk Fadhil Noor.Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan