PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 27 Mei 2013

500,000 Sukarelawan Di Perlukan Untuk Asak Pimpinan SPR Letak Jawatan

PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.

“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan ‘Boleh’ oleh ribuan hadirin yng membanjiri ‘Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.

CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.

Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.

CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.

Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan.“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka,” katanya disambut laungan ‘Turun’ ribuan hadirin. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan