Rupanya Teknik Ini Di Gunakan Dalam Video Sumpah Saiful Bukhari
KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd
Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung
kesahihannya mula ditimbulkan.Video sumpah yang berlatarbelakangkan
suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar
rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang
hijau).Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut
khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah
kedudukan dalam video tersebut.
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak
dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah
pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan
haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk
berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi
berada berhampiran dengan Multazam.Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan
kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam
Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim
berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri
bahu dia."Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak,
mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook
yang juga seorang mutawif.
Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang
didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan
orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.Ada juga yang
mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah
bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa."Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa."Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan