Anwar Dedah Dokumen Penerbangan Pengundi Hantu
KUALA LUMPUR: Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang
dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi
mengundi pada PRU 13.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki
segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan
mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor
pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.
Hadir sama,
calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen
Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.
Dalam pada itu, Ketua Umum
KEADILAN itu turut menyelar tindakan Umno-BN yang sering menggunapakai
taktik kotor untuk memastikan pentadbiran negara terus berada di bawah
cengkaman mereka.
Anwar berkata, pimpinan Umno-BN
sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan bersedia
menerima sebarang keputusan yang telah ditetapkan.
“Sudah-sudahlah dengan penipuan
ini dan biar rakyat putuskan semasa 5 Mei nanti. Datuk Seri Najib Razak
tidak perlu takut kerana kalau Umno-BN kalah sekalipun, beliau tetap ada
jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
“Setiap pengundi harus keluar
mengundi dan buatlah pilihan yang tepat. Kita harus usaha untuk pastikan
kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan negara daripada terus
ditadbir oleh pemimpin tidak telus seperti Umno-BN,” katanya lagi.
~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan