Tiada keputusan untuk jawatan MB Selangor, kata PKR
25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Mei — PKR masih lagi belum memutuskan sama ada Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar, kata pemimpin
parti itu hari ini.
Faekah Husin, yang merupakan setiausaha politik Abdul Khalid berkata
kepada The Malaysian Insider parti akan membuat keputusan berhubung
perkara itu selepas perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat (PR).
“Tan Sri telah berkata kita akan bermesyuarat dahulu. Ia hanya akan ditentukan dalam masa satu dua minggu lagi,” katanya.
Sebagai pengarah pilihan raya Selangor, Abdul Khalid memimpin PR untuk
mengekalkan Selangor dalam Pilihan Raya pada 5 Mei dengan 44 daripada 56
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lebih lapan daripada Pilihan Raya
2008.
PKR, bagaimanapun hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS,
kedua-duanya memenangi 15 kerusi walaupun pemerhati berpendapat
kemenangan itu sebagai refleksi kepada sokongan terhadap menteri besar
sepenggal itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan