PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 3 Mei 2013

Bukti Najib Terlibat Angkut Pengundi Hantu Terbarai..


Ini adalah maklumat baru yang diterima. Beberapa buah emel antara kakitangan penerbangan Air Asia dan pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu terbongkar!

Projek menerbangkan pengundi hantu untuk didaratkan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor sudah pun bermula sebaik BEKAS perdana menteri, Najib Razak membubarkan parlimen 3 April lalu.


Antara emel yang bocor menunjukkan beberapa penerbangan sewa khas (chartered flight) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju LCCT sudah dirancang antara 4 Mei hingga 7 Mei.
Paling mengejutkan didapati sembilan penerbangan serupa turut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor yang jelas membuktikan negeri di selatan Semenanjung itu juga sudah tidak selamat buat Barisan Nasional (BN).


Kesemua penerbangan tersebut dijangka akan tiba pada bila-bila masa tidak termasuk penerbangan serupa yang dikendalikan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Emel itu juga mendedahkan setiap satu penerbangan itu boleh membawa seramai 180 penumpang yang dipercayai pengundi hantu warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Kesemua emel tersebut turut membabitkan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu, Tony Fernandes dengan CEO di Malaysia, Aireen Omar dengan pengurusan tertinggi supaya cuba meminimumkan gangguan penerbangan biasa apabila penerbangan sewa khas itu mula membawa pengundi hantu tersebut.

Pegawai dan kakitangan yang namanya tertera di dalam kandungan emel tersebut diminta tampil menafikan bahawa emel di atas adalah palsu atau berdepan dengan tindakan tegas apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Inilah bukti bagaimana Najib mengotakan kata-katanya iaitu Putrajaya mesti dipertahankan dengan air mata darah sekalipun.~mpr

Baca lagi pendedahan di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan