PRU 13: Bersih bentuk tribunal, tuntut SPR letak jawatan
25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bersih
2.0 mempersoalkan keabsahan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan
pelbagai pelanggaran sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
Pengerusinya,
Datuk S. Ambiga, berkata pelanggaran itu bukan sahaja berlaku sebelum
tempoh pembubaran parlimen, tetapi turut berlaku ketika hari pengundian.
Bercakap
pada satu sidang media hari ini, Ambiga berkata pihaknya menerima
pelbagai laporan pelanggaran yang dilakukan sepanjang PRU13 ini.
Sehubungan
itu, menurut Ambiga, badan pro demokrasi itu akan membentuk satu
tribunal awam untuk memperhalusi segala bukti-bukti pelanggaran yang
diterima pihakny.
"Kami
mengalu-alukan rakyat yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran
sepanjang PRU ini untuk membuat laporan polis, seterusnya berkongsi
dengan kami mengenainya," tegas beliau.
Tribunal
itu, katanya akan ditubuhkan dalam minggu ini, dan akan melengkapkan
laporan berkaitan dakwaan pelanggaran tersebut dalam tempoh sebulan.
Dalam
pada itu, Bersih 2.0 turut mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot
akhbar utama negara, yang disifatkannya tidak memberikan ruang yang sama
rata sepanjang kempen pilihan raya.
Tegas
Ambiga, akhbar-akhbar tersebut ialah The New Straits Times, Utusan
Malaysia, The Star dan Berita Harian perlu diboikot dalam tempoh sebulan
dari sekarang.
Mengulangi
pendirian Bersih 2.0 yang menuntut satu pilihan raya yang bersih dan
adil, badan itu mendesak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar
meletakkan jawatan secara serta-merta.
"Memandangkan
SPR masih gagal memastikan proses pilihan raya berjalan dengan bersih
dan adil, maka kita mendesak agar semua yang berada di SPR untuk
meletakkan jawatan serta-merta.
"Satu jawatankuasa baru yang memenuhi aspirasi rakyat perlu ditubuhkan bagi menggantikan SPR," tegas beliau lagi.
Sebelum
ini, Bersih 2.0 menuntut lapan perkara daripada SPR bagi menjamin
ketelusan dan keadilan sepanjang proses pilihan raya berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan