PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 31 Januari 2011

Ribuan banduan terlepas dari penjara Mesir



KAHERAH: Ribuan banduan di penjara Wadi Natrun di utara ibu negara Kaherah hari ini dilaporkan terlepas selepas tunjuk perasaan besar-besaran mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur yang memasuki hari keenam hari ini.

Banduan dikatakan meloloskan diri keluar dari penjara ketika waktu malam yang kebanyakannya terdiri daripada tahanan politik beragama Islam.

Mereka dikatakan menyembunyikan diri ke pekan dan perkampung berhampiran ketika keadaan huru-hara akibat penunjuk perasaan yang mahu rejim pemerintahan sekarang disingkirkan. - AFP

Mubarak umum pelantikan Naib Presiden Mesir



KAHERAH: Dilihat sebagai meredakan desakan rakyat, Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan pelantikan ketua perisikan Mesir, Omar Suleimen sebagai timbalannya iaitu jawatan pertama diwujudkan setelah 30 tahun pemerintahan Mubarak.“Omar Suleiman telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Hosni Mubarak,” lapor agensi berita MENA.

Susulan selepas itu, negara itu menyiarkan Omar selaku seorang jeneral tentera memberi tabik hormat kepada Mubarak setelah mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden itu.

Mubarak kian didesak agar berundur menerusi demonstrasi besar-besaran rakyat sejak Lima hari lalu sehinggalah bertukar menjadi ganas semalam. Mubarak menolak untuk mewujudkan jawatan Naib Presiden sejak beliau berkuasa pada 1981. - AFP

Pemimpin gerakan Islam Tunisia pulang selepas 22 tahun



LONDON: Pemimpin Gerakan Islam Tunisia, Ennahda, Rached Ghannouchi bersama anak perempuannya berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick, London menuju pulang ke negara kelahiran beliau selepas 22 tahun hidup dalam buangan.

“Beliau sudah menaiki pesawat ketika ini,” kata Soumaya Ghannouchi yang membuat panggilan daripada pintu berlepas di sini.

Ghannouchi dihantar ke lapangan terbang oleh 30 penyokongnya dan wartawan. - AFP

Skandal Janda Beranak Lima Menghancurkan Harapan UMNO Selangor !!

Perhatikan cerita di bawah dari blog pro-kerajaan ;



Krisis dan skandal dalam UMNO akan menjejaskan peluang parti mencapai sasaran mendapat semula 2/3 kerusi dalam parlimen. Semua orang tahu dan sedar ini tetapi kerana keinginan peribadi lebih diutamakan maka kerosakan yang akan terjadi kerana krisis begini tetap disampingkan.

Selangor antara negeri yang begitu hebat dalam permainan sepak terajang politiknya tidak pernah sunyi dari skandal dan krisis. Kerana itulah Selangor tumbang kepada pihak lawan. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tatpi kalah kerana kita terlalu lemah dan berpecah-belah. Setiap MB yang naik tentu ada saja pihak yang menariknya kebawah dan menjatuhkannya.

Terkini, kisah yang berkaitan dengan bekas MB Selangor. Ada juga hubungkait dengan 'Janda Beanak Lima' Uikkttt!! Hebat tu! Aku ingat hebat sangat kisah dengan janda beranak dua, rupanya ini kisah yang lebih hebat. Bacalah sebahagiannya dibawah ini;

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Untuk bacaan seterusnya sila (KLIK SINI) ke blog Jelapang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

****************************************************
Dan lihat berita berkaitan dari blog pro-UMNO di bawah;
Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.
edyes wrote:
Boleh baca, tetapi untuk percaya terpulang kepada diri masing2... ini laporan dari blogger pro-UMNO yang kita ketahui - tidak langsung boleh dipercayai...

Cikgu Mala : Terima kekalahan dan redha.



Normala Sudirman menyampaikan ucapan selepas diumumkan tidak menang dalam cubaan pertamanya sebagai calon PAS PRK Tenang.


26 Safar 1432H.

LABIS : Calon PAS, Normala Sudirman dengan tenang berkata, meskipun kalah pada PRK Dun Tenang, beliau tetap menyifatkan ia satu kemenangan di sisi Allah SWT kerana seluruh jentera parti berani untuk menentang Umno B. Ucapan tersebut dilakukan dihadapan penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala malam tadi selepas SPR mengumumkan kekalahannya ditangan calon BN, Mohd Azahar yang mendapat 6699 undi berbanding Cikgu Mala, 2992 undi.

Beliau juga redha dengan keputusan tersebut kerana beliau telah berazam untuk menjadikan perjuangannya dalam PAS untuk mendapatkan redha Allah.

Hadir sama dalam majlis ceramah tersebut ialah 2 orang Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub dan YB.Dato' Hj Mahfuz Omar serta Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad.

Pimpinan PAS yang hadir.


Cikgu Mala juga pada kesempatan itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang sanggup berkempen bersamanya sejak dia diputuskan menjadi calon.

"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya

"PAS kalah di kawasan kubu kuat Umno adalah perkara biasa," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang berucap dalam majlis yang sama.

Namun kata Mahfuz PRK Dun Tenang menyaksikan Umno BN terpaksa berhempas pulas dan menurunkan bala tentera untuk mengekalkan kemenangan mereka di kawasan ini .

Pelajar, rakyat Malaysia di Mesir selamat



26 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihati keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.

Menurut kenyataan itu, satu pekeliling Nasihat Keselamatan juga dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia bagi mengelak berada di tempat berisiko tinggi tercetusnya rusuhan dan berwaspada setiap masa.

Selain itu, dua bilik operasi ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Sabtu, 29 Januari 2011

Respons Anwar Ibrahim Terhadap Laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new unding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang
semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman
demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

[wm.kl8:50 am 28/01/11]

Reply with quote

Bahaya rakyat menyokong parti Sekular BN.

Mengapa?

Sekular adalah fahaman memisahkan iaitu fahaman yang memisahkan apasaja dalam agama dan politik kepada bentuk yang dikehendaki oleh perancang perancang sekular antaranya memisahkan pengabdian seseorang daripada keadaan mengabdikan diri kepada tuhan kepada tidak berpegang pada amalan ketuhanan (agama). Apapun ketika ini kedua-duanya dipisahkan iaitu pihak sekular memisahkan agama dari politik. Dalam politik pula pihak sekular bermatlamat menguasai semua jenis kuasa dengan menolak sistem beraja berparlimen, kuasa mufti dan pengaruh orang beragama, kuasa rakyat dan kuasa pentadbir dan semuanya diletakkan dibawah mereka sepertimana Kerajaan Firaun yang diagungkan oleh illuminati dan zionis serta lebih tepat golongan Dajjal.

Sekular juga memisahkan berlainan bangsa melalui semangat perkauman yang sempit seperti semangat ketuanan Melayu dipisahkan dari bangsa bukan Melayu.

Sekular juga adalah satu strategi penguasaan dimana orang sekular melahirkan divide and rule. (pisah dan perintah)

Sekular mempunyai dua bentuk iaitu sekular lama dan sekular baru. Sekular lama adalah keagamaan cth Syiah) dan sekular baru seperti Barisan Nasional.

Sekular baru adalah dibawah satu perintah dikenali sebagai Novus Ordo Seclorum iaitu New Secular Order yang tercatit pada Great Seal of America dan dikembang dibawah suatu perintah disebut New World Order keseluruh dunia. Sekular lama adalah semasa zaman Nabi Musa a.s. yang bersifat agama.

Objektif utama adalah menjahilkan manusia seluruh dunia pada semua bentuk agama dan membebaskan penduduk dunia dari semua jenis kuasa kecuali tunduk pada kuasa pemimpin sekular sahaja.

Visi tertinggi sekular adalah menyediakan satu keadaan yang sesuai bagi wujudnya One World Government dimana ketua kepada kerajaan satu dunia ini adalah Dajjal (Anti Christ).

Perancang Illuminati hendak mewujudkan kerajaan satu dunia ini menurut konsep pemerintahan Firaun menurut dua aspek iaitu sembah dan perintah. Berhala yang disembah oleh Firaun dalam kontek ini digantikan dengan Dajjal yang disembah sebagai tuhan dalam kerajaan satu dunia ini manakala kedudukan Firaun zaman itu digantikan dengan pihak illuminati mereka yang dipilih Dajjal seumpama utusan Dajjal yang melaksanakan pemerintahan.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2480.

Dia (Dajjal dan bala tenteranya) akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!" Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Berapa lama dia tinggal di bumi?" Jawab Rasulullah saw., "Empat puluh hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan, dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang." Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?" Jawab beliau, "Tidak! Tetapi hitunglah bagaimana patutnya."


Dajjal memerintah dalam One World Government selama
1 tahun + 1 bulan + 1 minggu + 37 hari


PAS GANTI UMNO
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia


UMNO hanya membiarkan umat Islam dalam kejahilan

PostPosted: Sun Jan 30, 2011 2:57 pm Post subject: Adakah kebangkitan Islam bermula di Mesir?? Reply with quote

Kita sudah sedia maklum bahawa bumi mesir merupakan bumi yang melhirkan ramai para anbia dan ulama' terkenal yang menjadi rujukan para muslimin dan muslimat di seluruh negara. Di sana juga terkenal dengan kisah2 yang telah diceritakan semula oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan dan tauladan kepada kita umat Islam. Di sana jugalah kebangkitan Tamadun Islam yang telah dirintis oleh Nabi Muhammad SAW. Bermula dengan Universiti pertama di dunia yang melahirkan ramai ulama'-ulama' besar yang menjadi rujukan kita pada hari ini. Tidak dinafikan bahawa negara Mesir juga merupakan negara yang paling strategik bagi perkembangan dakwah Islamiyah sehingga ke rantau kita. Tidak dilupakan juga kebangkitan dakwah Islam dengan bantuan rakan-rakan Ikhwanul Muslimin yang juga bermula di Mesir.

Terdetik dihati ambo ini adakah Kebangkitan Islam alaf baru akan juga bermula di Mesir sekiranya Regim Mubarak tersungkur jatuh dengan keadaan yang hina. Terpikir ambo tentang Kebangkitan Imam Mahdi dan Tentera Panji Hitam yang dikisahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat. Apakah detiknya telah pun bermula?? Melihat kepada suasana kacau bilau yang berlaku sekarang di Era Baru Israel ini, ambo tiba-tiba terpikir........

Kabinet Mesir Letak Jawatan, Hosni Mubarak Enggan Beralah



25 Safar 1432H.

KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.

Tindakan itu beberapa jam selepas Hosni dalam ucapan di stesen televisyen itu bahawa beliau akan memecat anggota Kabinet ekoran protes besar-besaraan anti-kerajaan sejak beberapa hari lalu di negara itu.

Protes berkenaan adalah yang terbesar sepanjang pemerintahan rejim Hosni selama 30 tahun tetapi beliau tidak menyatakan akan berundur sebagaimana yang didesak oleh rakyat.

Awal pagi tadi Hosni mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam.

Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan.

Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam.
Mesir dan Tunisia: Bebaskan SPR dan media
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang.

"Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," kata Abdul Hadi.

Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan.

Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.

"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.

"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.

Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban.

"Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir," katanya.

Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini.

Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi.

Maka pemerintahan BN, katanya, perlu segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.

"Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian berlaku di negara ini. Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri," katanya.



Habis modal tolak debat, Najib alih isu pengganas
Wan Nordin Wan Yaakob
LABIS, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan kehilangan modal untuk menolak debat pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini mengalihnya kepada isu kononnya Anwar pengganas.

Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.

Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.

Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.

“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.

Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.

Khamis, 27 Januari 2011




Kehadiran Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin disambut meriah oleh masyarakat tionghua di Majlis Makan Malam bersama masyarakat Tionghua di Pekan Labis. Hadirin yang hadir di majlis itu menyambut kedatangan DS Nizar dengan penuh meriah dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan Ikon Rakyat Perak itu. DS Nizar melayani rakyat- rakyat yang mahu bersalaman, bergambar dan bertanya khabar.

Dato' Seri Nizar telah menyampaikan ceramah pada majlis itu. Hadirin yang hadir sangat terkejut dan teruja apabila DS Nizar petah berdialog dalam bahasa mandarin. Hadirin yang hadir bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Dato' Seri juga tidak melepaskan peluang menyanyikan sebuah lagu dalam majlis itu setelah diminta oleh hadirin.

Dato' Seri Nizar memang benar-benar pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat. Pemimpin sebegini yag digeruni oleh puak UMNO/BN.






































Anda mungkin juga meminati:

Mesej Mat Maslan Yang Berbau Angkuh

SEBELUM Maghrib tadi saya menerima mesej dari Ahmad Maslan orang kuat Felda. Selalu dia akan hantar mesej kepada saya terutamanya yang bersifat umum sebagai maklumat media massa. Semasa dia ke Galas dulu dia kirimkan gambar dia sedang belajar menoreh getah.

Mesej Mat Maslan kali ini agak keras bunyinya. Bertentangan dengan perwatakannya yang lemah lembu. Apakah mesej ini menggambarkan UBN dalam keadaan selesa atau sebaliknya? Kalau UBN sudah selesa, Mat Maslan tak sepatutnya menghantar mesej sebegini. Ia menggambarkan akan kerendahan akal budinya. Mesej ini juga menyebabkan darjah kemanusiaan beliau sebagai orang politik terjejas.

Mesej ini juga menunjukkan keangkuhan beliau sebagai seorang pemimpin. Lawannya hanya Mazlan Alimin, bukan lawannya. Mazlan hanya budak kecil dalam Felda yang membuat nakal ke sana ke mari, di mana kenakalan itu boleh ditepis dengan sekali senyum saja. Tetapi bila Mat Maslan menangkis sebegini, ia memberi iklan percuma kepada Mazlan Alimin.

Kenapa saya kata begitu, kerana Mat Maslan boleh memberi apa-apa jawatan kepada Mazlan Alimin di Felda dan biar dia uruskan. Beri sebulan cukup untuk dia membuktikan. Kalau dia berjaya membuktikan kehebatannya untuk membawa perubahan dalam Felda maka Mat Maslan harus letak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebaliknya kalau gagal maka Mazlan Alimin perlulah senyap.

Saya turunkan sepenuh mesej dari Mat Maslan orang kuat Felda ini;

"Kenyataan sms kepada pemikir maya atau bloger. Wahai Mazlan Alimin sdr cabar saya berdebat, debat cuma sejam, saya cabar berdialog dengan sdr dan Ajk Anak selama sehingga dua hari dua malam. Dialog tertutup tetapi boleh panggil pihak media apabila peristiwa itu terjadi sdr pilih sejam berdebat hanya untuk publisti murahan atau pilih sehingga dua hari dua malam untuk merungkaikan isu yang dibawa.

Kami pilih dua hari dua malam ini yang saya sebut dalam PC semalam. Kalau dia anak jantan terimalah. Kita ikhlas kita nak bantu orang macam Mazlan Alimin ini.

Saya bukan tak boleh berdebat, saya pernah jadi pembahas piala perdana menteri PPM antara sekolah-sekolah asrama penuh masa tingkat 3,4,5. Misalnya tahun 1983 saya adalah pembahas pertama mewakili SMS Johor Kluang masuk akhir PPM siaran langsung oleh RTM. Tak jadi hal untuk berdebat. Tetapi kami nak tolong Mazlan dan Anak rungkaikan kekusutan kepala dia yang menuduh Felda macam-macam sedangkan macam-macam Felda sudah, sedang dan akan bantu peneroka dan generasinya.

Hidup warga Felda, salam perjuangan, salam 1 Malaysia. Terima kasih.
Najib mesti dipaksa ke pentas debat
Ahmad Lutfi Othman
Kes jenayah mutakhir cukup mengejutkan dan tidak terjangkau dek akal. Perlakuan di luar batas undang-undang itu bukan saja semakin berleluasa, malah membingungkan. Cuba selak lembaran akhbar harian, pasti terbaca berita-berita menyayat hati. Misalnya, tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

Dalam perkembangan lain, di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, si ibu naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya. Remaja lelaki itu mengaku kepada wanita itu dia sudah meniduri anak perempuannya.

Manakala di Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar juga pernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.

Tanpa perlu menyenaraikan lebih panjang kes-kes lain yang tidak kurang tragisnya, ia sudah cukup menyesakkan dada dan pemikiran kita. Ramai melihatnya sebagai satu petaka serius. Solusinya harus pelbagai dimensi dan bersifat holistik. Ia turut menuntut pembabitan semua pihak agar turun padang dan saling membahu menangani krisis sosial yang cukup parah ini.

Ibu bapa semakin cemas dan sebahagiannya buntu. Dengan tekanan hidup menyara keluarga yang kian menghimpit, mereka terpaksa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada institusi formal. Anak-anak pula begitu terdedah dan terpengaruh dengan "persekitaran ganas", malah rumah sendiri bukan lagi tempat selamat. Perwatakan dan akhlak anak-anak diceroboh sewenang-wenangnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila sekolah-sekolah agama, terutama di peringkat menengah, mendapat perhatian luar biasa. Difahamkan untuk sesi persekolahan 2011, di Lembah Klang sahaja, permohonan memasuki sekolah agama ini meningkat berkali ganda. Sekolah-sekolah agama terkemuka, misalnya di Kelantan, turut menerima limpahan permohonan dari Kuala Lumpur. Sedangkan jumlah yang ditawarkan cukup kecil dan mengakibatkan ramai ibu bapa kecewa serta marah.

Mereka mendesak agar sekolah-sekolah agama menengah ini diperbanyakkan lagi dalam kadar segera. Senarai menunggu begitu panjang termasuk membabitkan pelajar paling cemerlang. Sekolah-sekolah swasta juga tidak mampu menampung permintaan yang mendesak. Biarpun yuran bulanan hampir mencecah RM400, ia langsung tidak membantut hasrat murni ibu bapa menyediakan asas pendidikan agama secukupnya. Sekolah tahfiz juga bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak masjid menyediakan ruang dan peruntukan khusus untuknya.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar melihat keterbatasan peluang melanjutkan pelajaran di sekolah agama ini sebagai cabaran utama yang perlu ditangani. Kalau dahulu sekolah agama mungkin menjadi pilihan terakhir untuk pelajar yang agak lembab tetapi kini ia tersenarai sebagai pilihan utama di kalangan anak-anak yang cerdas dan terbaik pencapaian akademiknya.

Dengan itu, bukan lagi Kelantan yang terus dikenali sebagai Serambi Makkah, atau juga Kedah dengan pondok-pondok pengajian dan sekolah agamanya, malah saya yakin Selangor lebih berkeupayaan untuk membangunkan institusi pendidikan Islamnya secara lebih tersusun. Sekurang-kurangnya daripada segi kemudahan kewangan dan sokongan ibu bapa di bandar-bandar besar. Lagipun sekolah agama menengah (SAM) di bawah Iabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah makin popular dan menjadi rebutan.


II.

Berbeda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terakhir yang disertai PAS di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Galas, Kelantan, nampaknya suasana di Tenang lebih menarik dan panas. Biarpun diadakan di kubu kuat Umno -- di negeri Johor pula -- tumpuan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan secara langsung di sana cukup tinggi. Ada-ada saja berita kontroversi yang dikutip dan menjadi bualan hangat.

Agak ramai yang menelefon saya untuk mendapatkan situasi terkini meskipun mereka mengetahui keadaan kesihatan tidak memungkinkan saya membuat liputan dari Labis.Memang personaliti calon PAS, Cikgu Normala Sudirman lebih menonjol dan sentiasa menjadi buruan media, terutama untuk mendapatkan sudut menarik rakaman foto. Mungkin ada benarnya tanggapan bahawa tangan Cikgu Mala yang menghayun buaian bisa menggoncang persada politik Malaysia.

Berdepan Umno dalam PRK cukup memeritkan. Segala kekuatan dan kemudahan kerajaan BN dihadapkan untuk melumpuhkan potensi saingannya. Proses pilihan raya di Malaysia tidak pernah berubah. Etika, malah undang-undang berkempen, langsung tidak dipedulikan, atau hanya ditafsirkan daripada sudut kepentingan BN semata-mata.

Namun, ia tidaklah bermakna BN akan menang mudah. Dalam beberapa kes tertentu, seperti dalam PRK di Telok Pasu, Terengganu dan Arau, Perlis, juga yang terbaru di KualaTerengganu, calon PAS memahat sejarah menewaskan penyandang BN. KeADILan turut mengejutkan BN di Lunas, Kedah. Semuanya didahului oleh suasana kempen yang agak istimewa dan sensasi, apabila BN terpaksa lebih banyak bertahan dan PAS kelihatan selesa dalam posisi menyerang, baik dari segi calon mahupun isu-isu semasa.

Soalnya, apakah sebenarnya yang berlaku semasa kempen di Tenang? Apakah gelora yang dibangkitkan media, terutama dalam dunia maya, memang dirasai segenap pelosok kawasan PRK itu? Apakah majoriti pengundi di kawasan Felda umpamanya, yang khabarnya disekat daripada ditemui petugas Pakatan Rakyat, dapat akses kepada segala informasi yang diperlukan sebelum mereka memangkah? Bagaimana dengan keupayaan saluran maklumat alternatif seperti laman web, blog mahupun laman-laman sosial seperti Facebook, di kawasan Felda dan pinggir bandar, untuk menyanggah momokan media tradisi yang dikawal ketat BN?

Saya lebih melihat bekalan pengalaman dalam PRK yang hampir diadakan di semua negeri itu, termasuk di Merlimau, Melaka tidak lama lagi, amat bermanfaat untuk mengesan kelemahan, selain membantu untuk "membaca realiti" dengan lebih tepat. Ia lebih penting daripada mencatatkan kemenangan. Bukankah begitu banyak kawasan Felda yang menjadi "simpanan tetap" BN demi mengekalkan kuasanya? PRK Tenang ini dapat menjadi peta panduan lebih terperinci buat mengatur strategi. Trend kecenderungan pengundi Cina di kawasan pinggir bandar juga boleh dianalisis.


III.

Abdullah Ahmad Badawi mempunyai jasa tersendiri terutama dalam proses pendemokrasian di negara ini. Menghadapi keputusan PRU 1999 yang menyaksikan kekalahan ramai calon Umno dan tersungkurnya Terengganu membuatkan Dr Mahathir Mohamad bertindak garang mengurangkan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. Selain itu, banyak lagi tindakan represif Mahathir ke atas pembangkang dan NGO yang tidak selari dengannya.

Sedangkan Abdullah, meskipun diasak kepedihan lebih dahsyat apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri dalam PRU12, namun bersedia mengembalikan kekerapan Harakah. Malah, tempoh kempen pilihan raya, Mac 2004 dilanjutkan sehingga dua minggu.

Di hujung pemerintahan Abdullah juga, ditengah-tengah desakan dalaman Umno agar beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau masih sempat membenarkan debat secara langsung melalui televisyen, membabitkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Debat yang dianjurkan portal berita, Agendadaily, disiarkan terus-menerus oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV, manakala siaran tertunda oleh TV3, pada malam 15 Julai 2008.

Tajuknya pula cukup sensasi, "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Dari awal lagi, sebelum debat berlangsung, ramai menjangkakan ia memberi kelebihan besar buat Anwar, tokoh yang dianggap penggerak utama pembangkang.

Sengaja saya imbas peristiwa bersejarah itu sebelum mengulas sikap berdolak-dalik Najib Razak ke atas cabaran debat Anwar mengenai Buku Jingga. Mulanya Najib menyifatkan pelan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Di Tenang, Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat. Katanya, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan Ketua Umum KeADILan itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Anwar segera memberi reaksi: "Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serang peribadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya. Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soal peribadi dengan saya."

Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utama demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Mengulas sindiran Najib bahawa beliau akan demam, Anwar membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. "Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, demam pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," tegasnya semasa berkempen di Tenang.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuya, jawab," tambah Anwar.

Bagi saya, isu debat ini perlu dibangkitkan terus. Politik baru menuntut ketelusan dan keterbukaan. Najib akan terus tertinggal sekiranya didedahkan gentar menjawab pertuduhan yang dimulakannya sendiri. Perdana Menteri mesti digasak terus sehingga bersedia bersemuka di pentas debat.

BN bimbang media baru dedah maklumat
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang.

"Apapun alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Mesin Cetak, saya lihat ianya tidak lebih dari persiapan awal BN menghadapi PRU ke 13," kata beliau.

Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak juga berkata, cadangan kerajaan itu kerana pemimpin BN mula bimbang dengan keberanian pengamal media baru mendedahkan maklumat sebenar kepada pengguna internet.

"Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, saya lihat ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab.

"Kita keluarkan sesuatu yang sebenarnya dan inilah yang membimbangkan pemimpin BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara.

"Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya.

"Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur," katanya.

Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran.

"Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini"," katanya.

Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.

"Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

"Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan," katanya.

Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah.

"Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menunggu lama bagi menghentikan pelbagai tindakan yang sudah tidak masuk akal ini," katanya.

Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter.

Rabu, 26 Januari 2011

Ruapanya Ada Kumpulan Belum Tamadun Di Tenang

MALAM tadi UBN telah menunjukkan lagak semula jadi mereka, merasa negara ini adalah hak mereka. Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt BN telah menganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Lim Guan Eng.

Khabarnya macam-mnacam kata-kata nesta dan kesat dilaungkan kepada Guan Eng. Tujuannya supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu henti memberi ceramah. Antara kata-kata yang boleh mengguriskan hati dan melampau ialah melarang orang ramai mendengar ceramah kafir. Kejadian ini berlaku di Felda Cempelak.

Memang Guan Eng kafir. Tetapi apakah bezanya kalau si Islam juga bercakap bohong, menipu rakyat dan merogol undang-undang. Rsanya lebih baik kafir daripada Islam yang munafik sedemikian.

Guan Eng tidak mempedulikan cemuhan dan jeritan sekumpulan pemuda BN yang liar dan celika itu. Mungkin kalau di zaman dulu cemuhan itu boleh menghentikan ceramah pembangkang. Tetapi zaman ini zaman orang semua berani dan celik undang-undang. Perbuatan biadap dan liar begitu sudah tidak digeruni lagi. BN jangan merasakan pihaknya saja yang berani tetapi harus merezabkan keberanian itu juga ada dalam kalangan pemuda Pakatan Rakyat.

Nasib baik malam tadi pemuda Pakatan Rakyat dapat menahan diri. Apa kata kalau ada seorang dua pemuda Pakatan Rakyat yang gila dan naik angin tentu meletus kejadian buruk malam tadi. Kalau meletus pastilah Tenang tidak akan tenang lagi.

Hendaknya pemimpin BN mengajar pemudanya agar bersikap profesional dan tahu menghormati orang lain. Ajar juga bahawa negara ini bukan kepunyaan mereka seratus peratus dan selamanya. Tindakan pemuda BN semalam juga menunjukkan BN sudah merasakan tentangan terhadap semakin hebat dan sengit.

Kalau BN masih merasakan harapan untuk menang masih ada mungkin kerja-kerja gila yang selalu dibuat oleh manusia tidak tamadun begitu tidak akan berlaku. Percayalah tindakan dilakukan seperti semalam bukan lagi satu startegi yang baik sebaliknya menjadikan orang semakin benci kepada UBN khasnya Umno. [ttd

Ulasan Peristiwa

Kenangan Rosmah Di Istana Raja Oman

LAWATAN isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Oman baru-baru ini diktirik hebat oleh pembangkang. Ada pihak yang bertanya berapa banyak perbelanjaan untuk lawatan berkenaan. Lawatan itu bukan Rosmah seorang saja tetapi diikuti oleh isteri-isteri menteri. Isteri menteri yang dikatakan bermukah dengan amah juga ikut sama.

Rosmah sudah menjawab mengenai hal itu. Kalau baca surat khabar arus perdana hari ini ada jawaban Rosmah mengenai kritikan itu. Sedap dan ralik juga mendengar jawaban Rosmah. Simple saja. Ada humour sikit dan nampak sedikit akan kehebatannya.

Katanya semua perbelanjaan lawatan itu dibiayai oleh istana Oman. Katanya mulanya lawatan itu dijemput oleh menteri Sosial negara berkenaan, tetapi bila diketahui raja, maka raja menawarkan untuk tanggung semua kos dan mengurus semunya aktiviti lawatan itu. Perbelanjaan termasuk minyak kapal terbang dan penginapan di tanggung oleh Raja Oman. Hebat Rosmah.

Katanya suaminya Najib ada bertanya mengenai hal itu, jawabnya tak tahulah tetapi katanya dia dan rombongan diberikan status lawatan di Raja. Untuk apa Najib bertanya Rosmah begitu? Mungkin Najib bimbang kalau Rosmah diberi status lawatan negara dan dilayan oleh Raja Oman, ia boleh menimbulkan masalah dan dijadikan isu dalam negara.

Mungkin Najib berhajat untuk menghalang Rosmah menerima pelawaan Raja Oman itu? Mungkin begitu. Tetapi umum sudah tahu siapalah Rosmah kepada Najib maka Najib akan ikut saja. Sekadar bertanya saja dan keputusan di tangan Rosmah. Hitam kata Rosmah maka ia tidak boleh dilihat putih atau kelabu lagi oleh Najib.

Negara bernasib baik kerana tidak kena mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk lawatan itu. Oman telah menyelamatkan negara ini. Tetapi molek juga kalau Rosmah dan anggota rombongannya membuat anggaran berapa banyak kos yang ditanggung oleh Raja Oman itu. Setidak-tidaknya rakyat semua tahu berapa nilai isteri perdana menteri di mata Raja Arab yang kaya raya berkenaan?

Ingat istana Raja Oman juga ada berbagai jenis. Semuanya dipanggil istana. Untuk musafir juga istana, untuk pembesar negara juga istana. Untuk gundi juga istana. Jadi Rosmah dan rombongan itu ditempatkan di istana kelas apa? Kalau hanya kelas kandang unta tidak ada apa yang hendak dibanggakan.

Seperkara lagi mungkin tidak mudah untuk orang mempercayai Raja Oman begitu bermurah hati mengajak Rosmah ke istananya. Apa hubungan mereka berdua sebelum ini. Malaysia pun tidak begitu banyak jasa dengan Oman. Tidakkah pelawaan itu atas kehendak Rosmah atau sudah ada broker mengaturnya. Tentu sebagai wanita pertama Rosmah mahu dia mendapat laynan di raja itu sebab boleh ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Kemungkinan ini ada.

Orang yang waras tiak mudah menerima penjelasan Rosmah bahawa tajaan atau tanggungan kos lawatan oleh raja Oman itu semudah itu saja. Tentu ia ada kontra-kontra lain lagi. Kita tahu orang Arab bukan mudah untuk berbudi. Agak-agaknya apakah yang telah Rosmah berikan kepada raja Arab berkenaan? Dan sampai bilakah Rosmah akan mengingati ken

Kopi Panas Goreng Pisang

Soi Lek Makin Melalut

DETIK demi detik sebelum tibanya 30 Januari Chua Soi Lek makin melalut dan mengarut. Apakah lalutan ini menunjukkan parti pimpinanya semakin dijauhi oleh masyarakat Cina dan dia sendiri semakin terdesak? Ada kemumgkinan!

Chua Soi Lek percaya dengan melalut dan menimbulkan hal-hal yang sudah jelas dan basi diperkatakan beliau yakin MCA akan kembali disokong oleh masyarakat Cina. Kalau tidak, dia tidak terus melalu dan cuba 'membakar' dirinya dengan kertas surat khabar.

Permerhatian Soi Lek dalam hal ini tidak jelas. Mata politiknya tidak setajam mata musang atau kelawar di malam hari. Beliau kabur dan gagal membaca selera orang Cina. Mungkin atas kegagalan itu maka semakin hari sokongan Cina kepada MCA semakin mengecil, sebaliknya sokongan kepada DAP semakin mengembang. Buktinya walaupun digugat dari belakang dan depan DAP bertambah mantap.

Untuk menjaga kuasa dan kekuatan parti, tidak salah bagi Soi Lek memikirkan apa saja strategi dan perang saraf. Beliau kena buktikan bahawa kepimpinanya dapat membawa perubahan dan menyakinkan orang Cina. Kalau tidak dia akan hanyut dua tahun lagi. Tetapi soalnya apakah tindakannya kini menimbulkan isu-isu lama, termausk terus menyentuh sensitiviti orang Melayu, MCA akan bangkit menjadi parti sekutu UBN yang kuat?

Terbaru Soi Lek mengatakan dia akan terus membangkitkan isu negara Islam Pas. Biarlah timbalan perdana menteri, Muhyiddin telah menasihtinya agar berhenti dari membangkitkan isu Islam, tetapi dia tidak peduli. Kedegilan Soi Lek menunjukkan kesamsengan politik beliau dalam MCA. Apakah itu satu percubaan atau hakikatnya orang Cina suka kepada redikal Cina?

Ada sebab kalau Muhyiddin meminta menghentikan Soi Lek berbuat demikian. Tindakan itu walaupun menyeronokkan orang Cina tetapi ia boleh mengecil hati orang Melayu dalam Umno dan orang Islam lain. Muhyiddin melihat tidak wajar kalau Soi Lek menimbulkan isu-isu soal agama yang mana ia sangat sentimental dan tidak menguntungkan Umno sendiri.

Apakah bila Soi Lek degil bermakna dia mempunyai politik tersembunyi. Ada rahsia bawah bantal. Beliau sengaja mahukan orang Melayu menjauhi Umno yang didampingi oleh pemimpin Cina sepertinya. Matlamatnya nanti ialah Umno kalah dan Pakatan Rakyat akan menang? Apakah begitu. Soi Lek merasakan harapan orang Cina ada melalui DAP? Begitukah. Kalau benar ini bermakna Soi Lek telah bermain 'kong kalikong' dengan Umno yang kini juga bergantung hayat dengan MCA.

Kalau dia ikhlas mahukan Umno menang dia akan berhenti memainkan isu Islam. Soi Lek tidak akan membangkitkan isu negara Islam dalam suasana seperti diTenang di mana lebih 40 peratus ada pengundi Melayu. Orang Melayu akan seronok dan terhibur dengan Pas kerana Pas ingin melaksana Islam, bukankah Islam itu agama orang Melayu? Hanya Melayu yang murtad atau Melayu munafik saja tidak sukakah kepada Islam?

Saya katakan ini bila Soi Lek hendak membangkitkan agenda Islam Pas, dia tidak faham politik. Dia baru menemui politik. Kalau dia faham dia tidak akan mebangkitkan perkara itu. Soal isu negara Islam dalam Pas sudah khalas! Sudah banyak buku-buku mengenai Islam termasuk buku hudud dihapuskan atau pun disimpan oleh Pas sendiri.

Apakah perkembangan ini tidak diikuti dengan baik oleh Soi Lek atau beliau sengaja sebenarnya? Semua orang memerlukan teropong berkuasa tinggi untuk meningitai apa yang ada di hari Soi Lek. [ttdi.3:00 pm 25/01/11]

DEWAN ULAMA PAS PERAK SANGGAH KENYATAAN ZAMBRY



21 Safar 1432H.
Oleh : dewanulama pasperak.

IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.

“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.

“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau

Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.

"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.

Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.

“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.
Azahar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang
Harakahdaily

LABIS, 27 Jan: Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.

Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.

Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.

Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.

Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.

Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.

Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.

“Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.

Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.

Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.

Bukan PAS, tapi mahkamah sahkan calon BN salah
Abd Aziz Mustafa

LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan.

Isnin, 24 Januari 2011

Chua Soi Lek
Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tudung,
Kenapa Isteri Jib Tidak Pakai Tudung

SOAL kenapa 'Shopia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.

Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.

Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan.

Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum ini Umno menuduh Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Menjadikan agama sebagai topeng dan sebagainya. Nampaknya kali ini tuduhan itu terbalik kepada Umno. Ke mana perginya Ustaz Seri Ganding untuk memberi petunjuk dan menunjukkan kebenaran kepada Soi Lek. Apa yang Jamil Khir lakukan bila Soi Lek mempersoalkan hal itu? Apa sudah dihalal dengan duit ke?

Orang Cina Johor termasuk Chua Soi Lek tidak sepatunta mempersoalkan kenapa Normala tidak bersalam dengan jantan bukan muhram. Tetapi dia sepatutnya mempersoalkan kenapa Puan Sri Noraini isteri Muhyiddin memakai tudung. Beliau kena tanya Noraini atau Muhyiddin sendiri. Ada perbezaan di antara isteri Timbalan Perdana Menteri, Noraini dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah tidak pakai tudung. Noraini pakai tudung. Ini yang perlu Soi Lek tanya dulu baru dia boleh persoalkan kenapa Normala tidak bersalam. Belajarlah mengenali Islam dari hal Rosmah dan Noraini ini. Belajarlah menghormati agam Islam seperti mana orang Islam menghormati agama anda.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jadil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Dalam agama Islam berzina, bermukah adala berdosa. Ia berbeza dengan agama Soi Lek yang boleh berzina dengan sesiapa saja. Hak asasi yang Soi Lek sebagai manusia tidak boleh disamankan dengan hak seorang muslim. Misalnya Soi Lek boleh melakukan seks di mana-mana dia suka dan rakam dengan video. Tetapi perbuatan begitu tidak boleh bagi orang Islam.

Begitu juga Soi Lek boleh minum arak, makan babi, masak atau mentah, tetapi orang Islam tidak boleh, haram.

Soi Lek atau mana-mana bukan Islam kena faham keadaan ini. Jangan kerana menerima slogan 1 Malaysia maka kita hendak samakan apa yang kita boleh lakukan atau apa yang kita makan kita juga beranggapan orang lain boleh berbuat begitu. Jangan.. kerana kita boleh makan babi kerana tidak loya, maka kita hendak ajak orang tidak boleh makan babi makan sama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk memang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.

Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi. [wm.kl.8:00 pm 23/01/11]